Ikuti Kami:

“Risau Jika Ibunya Rebah..” – Banyak Spekulasi Timbul, Ayah Mendiang Kim Misoo Beri Kenyataan

“Risau Jika Ibunya Rebah..” – Banyak Spekulasi Timbul, Ayah Mendiang Kim Misoo Beri Kenyataan

Selepas beberapa hari pemergian Kim Mi-soo, ayahnya telah menulis panjang mengenai beberapa kontroversi yang disebut selepas anaknya tiada.

Ianye bermula apabila ada yang mempersoalkan mengapa ayahnya menulis mesej sokongan untuk kesemua drama kecuali buat “Snowdrop”. Ramai yang menebak ia adalah kerana isu putar belit sejarah yang dihadapi naskhah berkenaan sejak ianya belum ditayangkan lagi.

Ayahnya menjelaskan bahawa semuanya adalah salah faham selain meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kematian anaknya.

kim misoo

Katanya,

Saya merupakan ayah Kim Mi-soo yang meninggal dunia secara tiba-tiba pada 5 Januari lalu. Pada 7 Januari, saya menjalani perjalanan terakhir bersamanya ke taman peringatan dan semalam, saya kembali ke situ selepas upacara selesai. Tangan saya masih lagi menggigil kerana realiti yang tidak boleh dipercayai ini.

Masih teringat lagi ketika anak saya memeluk dengan gembira apabila saya dipilih untuk mewakili daerah bagi pertandingan sinopsis desentralisasi yang dihoskan oleh Bandar Daegu pada Disember tahun lalu.

Pun begitu, melihat pelbagai artikel dan komen di laman portal, saya membaca pelbagai laporan tidak tepat selain penulisan yang mungkin menimbulkan kesangsian telah tersebar. Saya juga risau sekiranya ibu Mi-soo rebah apabila membaca entri sedemikian. Jadi, sila elak daripada meninggalkan komen spekulasi.

Kami mahu membetulkan fakta salah yang disebarkan dalam satu kandungan YouTube iaitu, ‘Adakah dia berasa terbeban kerana kontroversi putar belit sejarah lantas tidak memuat naik mesej sokongan buat ‘Snowdrop’?’ Saya melihat ramai yang membuat spekulasi sebegini. Saya terfikir sekiranya ada yang salah faham, kerana saya menulis mengenai drama lain di Instagram namun memberikan sokongan buat ‘Snowdrop’ di Facebook. Saya tidak memuat naik sebarang pendapat mengenai ‘Snowdrop’ kerana risau sekiranya akan timbul cerita lain sekiranya saya menulis sesuatu ketika kontroversi lain masih disebut. Tapi saya boleh bercakap mengenainya kini.

Saya tak pasti sekiranya saya boleh menulis dengan pandangan yang positif dalam situasi ini. Pada masa hadapan, ketika semuanya sudah selesai, saya akan memberikan pendapat mengenai ‘Snowdrop’.

Untuk pengetahuan anda, selepas anak saya mula berkecimpung dalam aktiviti seni, saya juga mula menulis senario dan skrip sekitar Februari 2019. Saya seorang yang suka ke kafe dan merupakan pengajar sejarah Korea di Akademi Perkhidmatan Awam Noryangjin.

Terima kasih kerana memberikan sokongan buat anak saya dan memberikan ketenangan buat keluarga kami.

Dari ayah Mi-soo, seorang ayah yang terlalu menyayangi anaknya.

Hati ibu bapa mana tak remuk apabila orang ramai terus memperkatakan mengenai kematian anaknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...