Ikuti Kami:

“Risau Apa-Apa Jadi Pada Saya..” – Park Seojoon Dedah 2 Bulan Diekori Individu Tak Dikenali

“Risau Apa-Apa Jadi Pada Saya..” – Park Seojoon Dedah 2 Bulan Diekori Individu Tak Dikenali

Susahnya menjadi selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan, mungkin menjadi perhatian semua.

Ketika temubual bagi mempromosikan filem “Concrete Utopia”, Park Seo-joon dengan berat hati telah mendedahkan sebab utama dia tidak mahu berkongsi mengenai hal peribadinya buat umum

Saya bukan lah seorang yang konservatif dengan hal peribadi sebenarnya tapi ada sebab saya berubah sebegini.

Jelasnya,

Saya keluar ke kawasan parkir dan ada kereta sama yang asyik mengekori saya berdekatan kawasan rumah. Dia tahu mana saya pergi dan ada ketika, individu itu sampai di tempat yang dituju dahulu dari saya.

park seojoon

Akuinya hiba mengenai kisah ‘stalker’ ini,

Saya terseksa selama dua bulan ini.

Malah Park Seo-joon mendedahkan bahawa ahli keluarganya juga terkesan dengan situasi ini dan berasa risau sekiranya apa-apa terjadi pada saya.

Ada ketika, orang yang sama muncul meskipun menggunakan berlainan kereta.

Terdahulu, Park Seo-joon pernah menolak untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai hal peribadi selepas khabar angin bertiup kencang mengenai hubungan cintanya bersama pempengaruh terkenal, xooos.

Kesiannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...