Ikuti Kami:

Rindukan Gandingan Lee Seunggi & Suzy? Drama Terbaru ‘Vagabond’ Akan Ubati Rindu Anda!

Rindukan Gandingan Lee Seunggi & Suzy? Drama Terbaru ‘Vagabond’ Akan Ubati Rindu Anda!

Pencinta drama Korea, korang pernah tak tonton drama ‘Gu Family Book’? Ala drama tahun 2013 yang menampilkan gabungan dua pelakon terkenal iaitu Lee Seunggi dan Suzy itu. Kalau korang rindu gandingan kedua-dua pelakon ini, pastikan korang menonton drama terbaru lakonan mereka iaitu ‘Vagabond’ yang bakal ditayangkan pada 20 September ini!

Kalau korang nak tahu, drama ‘Vagabond’ ini telah beberapa kali ditangguhkan tayangannya kerana tidak dapat mencari tarikh tayangan yang sesuai. Mestilah nak cari masa yang terbaik sebab drama ini merupakan antara K-Drama yang menelan belanja produksi yang banyak tahu! Mereka berbelanja hampir RM87 juta bagi menjayakan drama ini.

vagabond

Drama ini berkisar tentang seorang lelaki yang terlibat dengan kes sebuah kapal terbang yang terhempas semasa membawa ribuan penumpang di dalamnya. Terperangkap dengan masalah itu, satu rahsia besar mengenai penyelewangan negara turut terbongkar. Kisah ini menekankan tentang sejumlah gelandangan yang kehilangan keluarga dan sahabat handai dalam usaha untuk mencari kebenaran.

Lee Seunggi (Cha Dalgun) merupakan seorang pelakon lagak ngeri yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal seperti Jackie Chan tapi asyik gagal ketika uji bakat kerana dia takutkan kamera. Anak saudara di bawah jagaannya telah meninggal di dalam kemalangan kapal terbang itu, namun tiada siapa yang buka mulut tentang kes ini menyebabkan dia cuba mencari kebenaran di sebalik tragedi tersebut. Suzy (Go Haeri), seorang pekerja kontrak di bawah Kedutaan Korea di Morocco turut terkesan kerana ramai ahli keluarga kepada mangsa kemalangan yang melepaskan geram kepadanya dan menyalahkan kerajaan di atas insiden ini. Shin Sungrok (Ki Taewoong) pula merupakan seorang ketua bahagian Sistem Informasi di National Intelligence Sevice (NIS) dan telah dikerah untuk menyelesaikan insiden ini. Walaupun tak sebulu dengan Lee Seunggi, mereka telah bekerjasama bagi mendapatkan kebenaran.

vagabond

Demi memastikan watak mereka lebih realistik, kesemua pelakon ini telah menjalani latihan aksi selama tiga bulan termasuk berlatih menembak. Sesi latihan menembak tersebut telah dikendalikan oleh pasukan Agen Perisik Kebangsaan Korea. Bukan calang-calang tau!

Sesiapa yang rindukan Suzy dan Lee Seunggi bolehlah tengok drama ini apabila ditayangkan nanti. Tapi genre drama kali ini memang lain betul dengan ‘Gu Family Book’ yang merupakan drama tradisional. Bersiap sedia untuk lihat banyak babak aksi dan saspen daripada kedua-dua pelakon ini!

Sumber: Kpopmap

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...