Ikuti Kami:

Rilis Video Teaser Menarik, VIVIZ Umum Tarikh Debut

Rilis Video Teaser Menarik, VIVIZ Umum Tarikh Debut

Siap sedia untuk kemunculan pertama VIVIZ!

Tahun lepas, berikutan pembubaran GFRIEND, SinB, Eunha dan Umji telah mengumumkan pada Oktober 2021, bahawa mereka telah menandatangani kontrak dengan agensi baharu iaitu Big Planet Made, dan kini sedang bersedia untuk memulakan permulaan baharu sebagai kumpulan tiga ahli, VIVIZ.

Pada 24 Januari, VIVIZ telah mengeluarkan video teaser lima saat, yang memberikan peminat sedikit gambaran untuk konsep pertama VIVIZ, serta tajuk album mini pertama mereka “Beam of Prism”.

Dalam video teaser itu, Big Planet Made telah mengumumkan bahawa VIVIZ akan membuat kemunculan pertama mereka dengan album mini, pada 9 Februari ini jam 5 petang. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...