Ikuti Kami:

Rilis 3 Album, Baekhyun EXO Jadi Artis Solo Lelaki Catat Jualan Album Tertinggi

Rilis 3 Album, Baekhyun EXO Jadi Artis Solo Lelaki Catat Jualan Album Tertinggi

Baek-hyun EXO telah membuktikan kepopularitiannya sebagai artis solo!

Menurut data jualan album terkumpul selama 10 tahun di Gaon Chart, Baek-hyun telah merekodkan jualan album tertinggi antara penyanyi solo lelaki Korea, iaitu sejumlah 2,657,711 salinan, dengan 3 album solo yang dikeluarkan oleh penyanyi itu setakat ini.

Data ini dikumpul dengan merumuskan data jualan album terkumpul (dari Januari 2011 hingga November 2021) oleh penyanyi yang memulakan kerjaya pada atau selepas 2011 di Gaon Chart. Rekod Baek-hyun lebih bermakna kerana ia telah dicapai hanya dalam tempoh 2 tahun dan 4 bulan, sejak debut solonya dengan mini album pertama “City Lights” pada Julai 2019.

Terdahulu, Baek-hyun telah melepasi 1 juta salinan yang terjual untuk 2 album solo berturut-turut, iaitu mini album kedua “Delight” dikeluarkan pada Mei 2020 dan mini album ketiga “Bambi” dikeluarkan pada Mac 2021. Secara keseluruhan antara kumpulan dan artis solo Korea, Baek-hyun berjaya menduduki di tempat ke-8, dalam carta jualan album.

exo baekhyun

Tahniah Baek-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...