Ikuti Kami:

[REVIEW] Pengalaman Sebenar Pengarah, ‘Han River Police’ Angkat Kisah Hero Penjaga Sungai Han

[REVIEW] Pengalaman Sebenar Pengarah, ‘Han River Police’ Angkat Kisah Hero Penjaga Sungai Han

Kalau sebut je Han River atau sungai Han, rasanya peminat k-drama atau kpop semua tahu. Mana tidaknya, Sungai Han ni banyak betul buat kemunculan dalam k-drama. Lepas tu, ramai para idol yang berkongsi kisah healing mereka di sini.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya di dunia realiti Sungai Han ni ada penjaga/pengawalnya sendiri yang dikenali sebagai Han River Police?

Memandangkan ini merupakan sesuatu yang agak baru pada kami dan juga mungkin kepada peminat k-drama, jadi kali ini Kimchi Daily nak review sedikit drama terbaru di Disney+ Hotstar iaitu Han River Police.

[MENGANDUNGI SPOILER]

Han River Police diterajui oleh  pelakon veteran seperti Kwon Sang Woo (Du Jin), Kim Hee-won (Chun Seok), Sung Dong-il bergandingan bersama pelakon sedang meningkat naik Bae Da Bin (Na Hee) dan Shin Hyun Seung (Ji Soo).

Watak antagonisnya pula diterajui oleh Lee Sang Yi (Gi Seok), rasa nak marah ya tengok watak mengampu dan kejam dia.

Drama ni bermula dengan tegang apabila berlakunya rampasan bot di Sungai Han (yang sebenarnya merupakan sesi latihan anggota keselamatan). 

Tapi suasana bertukar menjadi gamat dan kelakar apabila Du Jin tak berpuas hati apabila pasukannya (anggota polis Sungai Han) diminta menjadi penjahat dalam sesi latihan, sedangkan merekalah sebenarnya yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Sungai Han.

Daripada bertikam lidah sampailah kepada bertumbuk, kat sini boleh nampak yang watak Du Jin ni seorang yang bersemangat tinggi tapi agak ‘kerek’. 

Dalam team Du Jin ni pula ada seorang sunbae iaitu Chun Seok, walaupun merupakan ahli senior tapi dia ni sedikit malas sebab suka mengarah dan sering mengelat dalam tugas, yang selalu jadi mangsa dia pula Ji Soo, seorang anggota baru.

Sungai Han terancam dek kerakusan manusia

Cliche seperti kebanyakan drama penguatkuasa yang lain, mestilah wujud watak villain yang akan mengacau keamanan dan keindahan alam kerana sikap tamak.

Dalam Han River Police, Syarikat Kyungin River Cruise merancang untuk menambah kapal persiaran yang lebih besar untuk belayar di Sungai Han.

Atas sebab ini, dasar sungai perlu dicantumkan. Untuk pengetahuan, cantuman dasar sungai adalah aktiviti haram (dilarang), jadi Pengerusi syarikat telah merasuah pegawai dan Datuk Bandar untuk meluluskan projek Pembangunan Sungai Han.

Lee Sang-Yi atau Go Gi Seok merupakan anak saudara kepada pemilik syarikat Kyungin River Cruise dan pada masa yang sama, dia ni juga merupakan orang kanan kepada pengerusi dan selalu buat kerja-kerja ‘kotor’. Dia ni juga suka mengampu dan macam biasa agenda utama nak rampas kuasa pak cik dia.

Plot Han River Police dikuatkan apabila watak Du Jin mempunyai sengketa dengan Baek Chul (lakonan Park Jeong-hwan). Mereka ni mempunyai kaitan sebab abang Du Jin (yang telah meninggal dunia) merupakan suami kepada adik Baek Chul.

Tapi kami rasa salah faham ni mesti ada kaitan dengan Gi Seok juga, sebabnya Baek Chul ni dulu merupakan salah seorang anggota polis Sungai Han tapi sekarang dia pula yang buat kerja menambak Sungai Han.

Terdapat juga babak ‘throwback’ di mana Gi Seok mengarahkan orang suruhannya memukul seorang lelaki dan lelaki tu ialah abang Du Jin.

Setakat 2 episod yang ditayangkan di Disney+ Hotstar, pada kami siri ini seperti kebanyakan cerita penguatkuasa yang lain cuma berlainan profession dan drama yang di bawa agak ringan dan tidak memeningkan.

Han River Police inspirasi kisah sebenar pengarah

Menurut pengarah Han River Police, siri ini terinspirasi daripada kejadian sebenar yang berlaku di hadapan matanya apabila dia melihat pasukan khas yang merupakan anggota polis Sungai Han menyelamatkan individu yang cuba untuk membunuh diri di situ.

Rasa ingin tahunya membuatkan dia rasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan profession ini secara lebih meluas.

Pada korang yang suka tengok drama tentang penguatkuasa, siri Han River Police boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...