Korang mesti tahu kan, filem bencana Korea tak pernah lah tak gempak!
Filem blockbuster Korea iaitu “Project Silence” telah menemui penonton dengan barisan pelakon hebat seperti mendiang Lee Sun-kyun, Ju Ji-hoon, Kim Su-an, Park Ju-hyun, Kim Hee-won dan ramai lagi.
Setiap babak penuh mendebarkan, filem bencana ini akan mengisahkan tentang sekumpulan mangsa yang terkandas di atas jambatan ke lapangan terbang yang runtuh, akibat kabus tebal. Disebabkan cuaca yang teruk, semua kenderaan mula merempuh antara satu sama lain dan menyebabkan letupan dan sebagainya.
Apa yang membuatkan situasi menjadi lebih tegang, semua mangsa di sana juga mendapati bahawa mereka diburu oleh sekumpulan anjing ganas yang merupakan sebahagian dari ‘Projek Silence’, yang tidak sengaja dilepaskan di atas jambatan. Jadi, semua yang terselamat akan menjadi sasaran!
Kalau korang nak tahu, anjing-anjing ini semua telah melalui beberapa eksperimen dan bermutasi, yang direka khas oleh pihak ketenteraan untuk menjejak dan membunuh sasaran berdasarkan suara mereka.
Jadi dalam filem ini, setiap watak akan mempamerkan kemahiran menyelesaikan masalah untuk kekal bertahan dan terus hidup. Namun dalam usaha mereka untuk melarikan diri ke tempat yang selamat, terdapat beberapa halangan serta adegan yang pasti boleh membuatkan penonton menitis air mata.
Dari lakonan, plot dan suntingan CGI yang dahsyat, memang rugi la kalau korang tak ke pawagam sekarang untuk tonton filem “Project Silence”, yang sudah mula ditayangkan pada 11 Julai.
Haa kalau nak tahu pengakhiran untuk semua watak, jangan lupa beli tiket sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.