Ikuti Kami:

[REVIEW] Jo Jungsuk Jadi Juruterbang Wanita ‘Huru Hara’, Ini Sebab Kena Tonton ‘Pilot’ Di Pawagam Kini

[REVIEW] Jo Jungsuk Jadi Juruterbang Wanita ‘Huru Hara’, Ini Sebab Kena Tonton ‘Pilot’ Di Pawagam Kini

Kalau Jo Jung-suk berlakon, memang confirm naskhah tu kelakar.

Bagi yang tidak mengetahui, filem “Pilot” yang menampilkan lelaki itu sedang ditayangkan di pawagam Malaysia kini. Ia mengisahkan Han Jung-woo (Jo Jung-suk), seorang juruterbang bintang yang menjadi penganggur semalaman tetapi berjaya mendapat pekerjaan baru selepas mengalami transformasi yang mengejutkan.

Populariti membunuh diri

Cerita bermula di mana Han Jung-woo merupakan juruterbang popular yang menjadi rebutan kesemua syarikat penerbangan di Korea dek kemahiran hebat dalam mengawal kapal. Bahkan pendaratan lelaki itu digelar sebagai ‘terlalu lancar’ hinggakan penumpang terus tidur walaupun sudah mendarat.

Dikenali seluruh Korea kerana muncul dalam “You Quiz On The Block”, namun populariti itu merudum dalam sekelip mata apabila dia dituduh merendah-rendahkan juruterbang wanita dan pramugari lain meskipun itu hanyalah salah faham.

jo jungsuk pilot

Disebabkan itu, lelaki berkenaan dibuang kerja dan ‘ditendang’ dari memohon jawatan juruterbang di syarikat lain. Bagai jatuh ditimpa tangga, isteri Han Jung-woo turut meminta untuk bercerai dek tidak tahan dengan ‘kegilaan’ suaminya dengan kerja sahaja.

Juruterbang lelaki atau wanita?

Tidak mahu mengalah, Jo Jung-suk menggunakan segala helah yang ada untuk berubah menjadi ‘wanita’ dengan bantuan adik perempuannya bagi menempatkan diri dalam syarikat penerbangan yang diketuai oleh wanita hebat. Bahkan dek kemahiran yang hebat, Han Jung-woo berjaya memenangi hati kesemua staf dan penumpangnya.

Dia juga turut menjalin hubungan akrab dengan Yoon Seul-ki (Lee Joo-myung) di mana mereka sama-sama cuba menaikkan martabat juruterbang wanita di dalam industri. Selain turut mencipta nama dalam industri sekali lagi apabila dia berjaya menyelamatkan kapal terbang yang gagal dipandu oleh juruterbang utama dari terhempas sekaligus kembali popular, namun sebagai ‘Han Jung-mi’.

Tapi langit tak selalunya cerah, Han Jung-woo mula berbelah lagi dengan cinta terhadap karier ataupun menegakkan keadilan. Dia juga mengalami dilema apabila mengetahui identiti sebenar Yoon Seul-ki selain mempelajari kebenaran disebalik skandal lalu yang merosakkan hidupnya.

jo jungsuk pilot

Dilema karier atau kebenaran

Kalau korang nak tahu, apa yang bakal dilakukan oleh Han Jung-woo untuk melawan desakan ramai dan memilih yang terbaik buat dirinya, sila tonton “Pilot” di pawagam berdekatan sekarang juga!

Bagi penulis, filem ini penuh dengan momen kelakar rawak yang pastinya akan buat kalian tertawa. Pun begitu, terdapat beberapa persoalan yang timbul mengenai kesinambungan beberapa plot di dalam filem ini yang sedikit compang-camping dan akan membuatkan penonton tertanya-tanya.

Jangan lupa tonton dan kongsi pendapat korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...