Ikuti Kami:

[Review] Filem Bencana Mendebarkan Tapi Tetap Kelakar! Tonton ‘Exit’ Di Pawagam Sekarang!

[Review] Filem Bencana Mendebarkan Tapi Tetap Kelakar! Tonton ‘Exit’ Di Pawagam Sekarang!

Semakin hari semakin banyak filem Korea yang dibawa masuk dan ditayangkan di panggung Malaysia. Walaupun rata-rata rakyat Malaysia masih skeptikal dengan produk daripada negara K-Pop itu, ramai yang mengaku tebakan mereka salah selepas menonton sendiri filem Korea yang ditayangkan. Siap ada yang cakap, filem Korea lebih best daripada filem tempatan!

Antara filem yang menambat hati rakyat Malaysia ialah Train to Busan, francais Along With the Gods, dan banyak lagi. Tak lupa juga filem Parasite yang membuatkan rakyat tempatan yang menontonnya kehilangan kata-kata kerana plot ceritanya.

Sempena bulan September yang banyak cuti umum ini, korang pasti tak tahu nak habiskan masa macam mana kan? Apa kata korang bawa kesemua ahli keluarga dan tonton filem Korea terbaru, Exit di pawagam! Kalau korang nak tahu, filem ini dah dapat lebih 9 juta penonton pada hari ke-36 tayangan di Korea!

filem exit

Exit merupakan satu filem bencana di mana seorang saintis gila telah melepaskan gas beracun ke sebuah bandar sehingga menyebabkan ribuan orang terdampar di atas bangunan tinggi sambil menunggu bantuan yang hanya boleh didapati menerusi helikopter penyelamat.

Filem ini merupakan filem cetera pertama arahan Lee Sanggeun dan diserikan lagi dengan pelakon terkenal Jo Jungsuk (Yongnam) dan ahli kumpulan Girls’ Generation iaitu Yoona (Euiju) sebagai teraju utama kisah ini.

[Amaran Spoiler]

Tragedi ini bermula apabila gas beracun dilepaskan semasa sambutan hari jadi ke-70 ibu Yongnam. Kebetulan pula (tak kebetulan pun sebenarnya), cinta pertama lelaki itu iaitu Euiju merupakan salah seorang kakitangan yang menjayakan acara tersebut. Untuk menyelamatkan kesemua ahli keluarganya, Yongnam menggunakan kemahirannya memanjat dinding (rock climbing) supaya dapat membawa mereka semua ke atas bumbung bagi mendapatkan bantuan helikopter.

Setelah berjaya menarik perhatian helikopter penyelamat, mereka dibawa satu persatu ke dalam pengangkut itu tapi malangnya ia hanya mampu menampung 20 orang sahaja. Terpaksa berkorban, Yongnam dan Euiju membiarkan yang lain diselamatkan dahulu sementara mereka menunggu helikopter penyelamat lain datang mendapatkan mereka.

filem exit

Walau bagaimanapun, gas beracun yang kian meningkat parasnya mula mengancam nyawa mereka berdua. Filem ini menekankan usaha mereka berdua bagi menyelamatkan diri dengan cuba memanjat bangunan yang paling tinggi di bandar itu bagi melarikan diri daripada gas beracun itu. Dapat dilihat usaha mereka menggunakan bermacam-macam alatan untuk membantu misi mereka itu selain mengaplikasikan kemahiran memanjat dinding yang diketahui oleh mereka berdua kerana mereka pernah sama-sama berada di bawah kelab memanjat dinding yang sama.

filem exit

Yang seronoknya mengenai cerita ini, walaupun ada babak yang mendebarkan, mereka berjaya ‘meringankan’ situasi itu dengan membuat lawak bodoh. Admin ni mudah terhibur, jadi lawak dorang memang kelakar!

filem exit

Terdapat sedikit babak ala-ala Hunger Games dalam filem ini apabila usaha menyelamatkan diri mereka itu telah disiar secara langsung kepada semua orang dengan bantuan drone daripada beberapa orang awam.

Walaupun sebenarnya plot kisah ini sudah boleh diagak, namun babak aksi yang dipaparkan mampu membuat penonton tak senang duduk tahu! Selain itu, Exit turut menyelitkan elemen kekeluargaan yang boleh menyentuh perasaan kita terutamanya apabila melihat ibu dan bapa Yongnam yang tidak keruan menanti kepulangan anak lelaki mereka itu.

Secara keseluruhan, filem Exit ini memang sesuai untuk sesiapa yang sukakan filem yang ringan dan tidak perlu perah otak untuk memahami plotnya. Dah lah ada babak aksi, komedi dan menyentuh hati pulak tu. Sangat menyeluruh ya filem ini!

filem exit

Kepada yang semakin berminat untuk menonton Exit selepas baca review ini, cepat-cepat dapatkan tiket di wayang berdekat mahupun atas talian. Filem ini dah mula ditayangkan di Malaysia sejak 5 September hari itu lagi.

Mesti ada yang nak tengok percuma daripada laman web cetak rompak kan? Tak payahlah! Apa salahnya support filem Korea, walaupun bukan produk tempatan.

Sumber: Pendapat humble daripada admin sendiri.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...