Ikuti Kami:

[REVIEW] Filem #ALIVE Tampil Zombi ‘Real’ & Buat Penonton Berdebar, Tonton Hanya Di Netflix

[REVIEW] Filem #ALIVE Tampil Zombi ‘Real’ & Buat Penonton Berdebar, Tonton Hanya Di Netflix

Seronok betul bila Netflix mula tayang filem zombi lakonan Yoo Ah-in dan Park Shin-hye bermula 8 September lepas. Mesti ramai yang dah tengok kan?

Sinopsis ringkas “#ALIVE”

“#ALIVE” ialah sebuah kisah survival thriller di mana Seoul tiba-tiba dilanda wabak penyakit misteri yang menyebabkan sesiapa dijangkiti akan menyerang orang lain. Semakin penyakit itu menular, semakin ramai yang terperangkap di dalam rumah masing-masing tanpa akses internet, aplikasi mesej dan panggilan telefon. Joon-woo (Yoo Ah-in) dan Yoo-bin (Park Shin-hye) merupakan antara yang terselamat daripada serangan tersebut namun kini terperangkap dalam bandar berbahaya itu.

Persahabatan bercambah dek serangan zombi

[Amaran SPOILER]

Siapa sangka hari yang tenang dan normal berunah menjadi malapetaka apabila sekeliling anda dipenuhi oleh zombi? Itulah yang terjadi pada Joon-woo selepas ditinggalkan berseorang di rumah dek keluarganya yang perlu pergi jauh secara tiba-tiba tanpa memaklumkan hal tersebut kepadany terlebih dahulu. Memulakan hari dengan bermain permainan komputer, hidupnya mula berubah selepas melihat laporan TV mengenai serangan zombi di sekitar Seoul.

netflix #ALIVE

Malahan semuanya terjadi dengan realistik di hadapannya, apabila Joon-woo hanya mampu berdiri di balkoni rumah sambil menyaksikan ‘perang manusia dan zombi’ yang berlaku di bawah apartmennya sendiri. Takut menjadi mangsa, lelaki itu terpaksa melalui kuarantin di rumah selama berbelas hari. Pada awalnya memang okay, tetapi hari ke-15, dia kini mula berhalusinasi suara keluarganya dan tidak betah lagi hidup terkurung seperti itu.

Nasib kini menyebelahi Joon-woo apabila dia tidak berseorangan memerangi hal ini kerana rupanya ada lagi seorang gadis yang duduk menghadap kompleks rumahnya turut bersembunyi daripada lambakan zombi berkenaan. Bersama-sama mereka cuba melawan daripada mati dan berusaha untuk mencari tempat yang selamat bagi mendapatkan pertolongan.

netflix #ALIVE

Sama debaran seperti filem zombi yang lain

Tepukan gemuruh buat pihak produksi “#ALIVE” yang berjaya menata rias kesemua zombi tersebut dengan baik sekali sehingga nampak realistik. Daripada lumuran darah sehingga ke parut dan kulit yang berubah gelap, mereka memberiksan fokus yang teliti kepada aspek ini sehingga membuatkan zombi berkenaan tidak nampak kekok atau pun palsu apabila dizum secara dekat.

“#ALIVE” juga hanya bergantung kepada serangan dan amukan zombi sejak daripada bermulanya filem ini lagi sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya latar belakang sebenar kepada permulaan insiden tersebut sehingga mereka hidup huru-hara sedemikian rupa. Lebih menghairankan apabila kedua-dua Joon-woo dan Yoo-bin langsung tidak mempunyai luka ataupun terpalit darah sedikit pun walhal mereka bertarung dengan dahsyatnya dengan segerombolan makhluk tersebut.

netflix #ALIVE

Sejujurnya perjalanan plot dan babak menyentuh hati yang diselitkan adalah lebih kurang sama sahaja dengan filem zombi yang lain. Rasanya penonton mampu menjangkakan apa yang bakal terjadi di penghujung plot nanti. Tapi menariknya “#ALIVE” menyelitkan jenis rakaman vlog oleh Jun-woo yang jarang dilakukan oleh naskhah lain.

Walaubagaimanapun, filem ini tetap menyajikan pelbagai babak yang mendebarkan sehingga membuatkan penonton tak senang duduk sehingga mereka tak sabar menantikan penghujungnya. Jadi, tak rugi pun kalau tonton!

Kepada yang belum menonton, anda boleh menyaksikannya di Netflix, enjoy!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...