Selepas 11 tahun, Song Hye-kyo akhirnya kembali menemui penonton dengan filem baru iaitu “Dark Nuns”!
Diterajui Song Hye-kyo, Jeon Yeo-been, Moon Woo-jin dan Lee Jin-wook, “Dark Nuns” membawa kisah tentang biarawati yang melakukan ritual terlarang, untuk menyelamatkan budak yang dirasuk roh jahat.
Fokus utama filem ini adalah apabila dua biarawati iaitu Sister Junia (Song Hye-kyo) dan Sister Michaela (Jeon Yeo-been) berusaha ingin melakukan eksorsisme, bagi memulihkan seorang budak lelaki yang dirasuk oleh salah satu syaitan daripada 12 Manifestasi.
Pada awalnya, seorang paderi lelaki dalam Gereja menghalang mereka untuk melakukan sedemikian kerana bagi mereka, perubatan secara tradisional adalah lebih baik.
Di sinilah penonton akan dapat lihat lakonan dan gandingan hebat Song Hye-kyo bersama Jeon Yeo-been, di mana mereka bertekad untuk membuang serta melawan syaitan di dalam badan budak lelaki itu sambil berdepan dengan keraguan dan kebimbangan peribadi mereka sendiri.
Dari bergantung kepada ketakutan seperti penampakan hantu dan sebagainya, kebanyakan adegan dalam “Dark Nuns” berlaku pada waktu malam dan dalam set yang suram, bagi menghidupkan suasana yang menyeramkan.
Agak-agaknya, dua biarawati ni berjaya tak untuk menyelamatkan budak lelaki itu? Kalau nak tahu, tonton filem “Dark Nuns” di pawagam berdekatan anda sekarang!