Selepas “Start-Up”, Kim Seon-ho dan Suzy sekali lagi akan menemui penonton dalam sebuah drama!
Terbaru, agensi melaporkan bahawa Kim Seon-ho telah menerima tawaran untuk terajui drama baru berjudul “Delusion” dan secara positif sedang menelitinya kini.
Sebelum ini, Suzy juga telah ditawar untuk bintangi drama yang sama namun masih dalam perbincangan.
Berlatarkan tahun 1940-an di Gyeongseong, filem ini akan mengisahkan tentang seorang pontianak dan pelukis yang perlahan-lahan mengenali identiti wanita itu.
Jika dia menerima tawaran ini, Kim Seon-ho dijangka akan memainkan watak sebagai pelukis Yoon I-ho. Manakala Suzy pula sebagai rakan sejawatnya.
Sementara itu, “Delusion” dalam proses untuk memutuskan barisan pelakon dengan rancangan untuk memulakan penggambaran tahun ini.