Ikuti Kami:

“Reunion Penthouse!” – Yoon Jonghoon Terima Tawaran Drama Terbaru Bersama Pelakon ‘The Penthouse’ Lain

“Reunion Penthouse!” – Yoon Jonghoon Terima Tawaran Drama Terbaru Bersama Pelakon ‘The Penthouse’ Lain

Buat peminat K-drama yang mengikuti perkembangan drama bersiri “The Penthouse” pastinya amat berpuas hati dengan lakonan barisan pelakon pelakon drama tersebut. Terbaru, salah seorang pelakon drama “The Penthouse”, Yoon Jong-hoon menerima tawaran untuk drama terbaru SBS. Katanya, terdapat beberapa pelakon drama itu juga turut menerima tawaran sama!

Agensi pelakon Yoon Jong-hoon, iaitu Keyeast Entertainment, berkongsi kepada Newsen,

Kami secara positif sedang mempertimbangkan untuk kemunculannya dalam drama ‘The Escape Of The Seven’.

Drama terbaru SBS yang akan datang, “The Escape Of The Seven” ialah sebuah karya oleh penulis Kim Soon-ok dan PD Joo Dong-min sekali lagi selepas karya mereka iaitu siri “The Penthouse” yang berakhir pada September tahun lalu. Kedua-dua mereka bekerjasama dalam “The Escape Of The Seven” ikutan “The Dignity of the Empress” dan “The Penthouse”.

yoon jong hoon

Yoon Jong-hoon membuat penampilannya sebagai Ha Yun-cheol dalam siri “The Penthouse”. Yoon Jong-hoon menarik perhatian ketika dia membincangkan penampilan karya Joo Dong-min buat kali ketiga itu.

Uhm Ki-joon juga sudah disahkan untuk muncul dalam “The Escape Of The Seven”, yang turut muncul dalam “The Penthouse”, perhatian sama turut diberikan kepada Yoon Jong-hoon dan Uhm Ki-joon akan bersatu semula.

Satu peluang yang sangat jarang dilihat tau! Para peminat kena terus menunggu info seterusnya okay? Bukan senang nak tengok mereka berlakon bersama lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...