Ikuti Kami:

‘Reunion’ Di Pentas, Peminat Teruja Lihat Gandingan Yeo Jingoo & Kim Sohyun Di 2022 MAMA AWARDS

‘Reunion’ Di Pentas, Peminat Teruja Lihat Gandingan Yeo Jingoo & Kim Sohyun Di 2022 MAMA AWARDS

Siapa yang masih ingat lagi drama “Missing You” dan juga “The Moon Embracing The Sun”?

Kecoh ya di laman media sosial apabila pasangan kesukaan ramai Yeo Jin-goo dan Kim So-hyun tampil menjadi penyampai pada majlis anugerah 2022 MAMA AWARDS baru-baru ini.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk dari belakang pentas, terdengar sorakan gemuruh daripada dewan tersebut kerana rata-rata dalam kalangan peminat teruja melihat ‘reunion’ mereka setelah sekian lama. kim sohyunYeo Jin-goo juga sempat mengusik Kim So-hyun dengan bertanya bagaimana rupa dirinya sekarang. Lalu, Kim So-hyun menjawab,

Jin-goo yang sekarang nampak sangat matang. 

Sebaik sahaja mendengar pujian itu, Yeo Jin-goo turut memuji Kim So-hyun bahawa dia kelihatan sangat cantik kini.

Sebelum ini, pasangan ini juga pernah menjadi penyampai anugerah di majlis yang sama iaitu di 2015 MAMA AWARDS. Dek kerana ‘reunion’ mereka itu juga, rata-rata dalam kalangan peminat sangat senang melihat mereka kembali bekerjasama di pentas. yeo jingoo

“Terima kasih MAMA kerana memberikan kami dengan pertemuan semula Yeo Jin Goo dan Kim So Hyun.”

 

“Gabungan ini ‘gila’, saya sangat merindui mereka.”

 

“Yeo Jin Goo bersalah kerana mencuri hati saya.”

 

“Yeo Jin Goo sangat manis!”

 

“Saya harap mereka berdua bersatu semula.”

 

“Ekspresi J-hope adalah ekspresi saya juga!”

 

“Sudah tiba masanya untuk mereka bertemu semula sebagai watak utama!”

 

“Sudah berapa tahun mereka membintangi drama bersama? Saya sangat terkejut sehingga saya tidak dapat bercakap”

Betul lah tu… taknak berlakon sama-sama lagi ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...