Ikuti Kami:

Reunion Bersama Park Seojoon & IU, Kang Haneul Bakal Jadi Kameo Dalam Filem ‘Dream’

Reunion Bersama Park Seojoon & IU, Kang Haneul Bakal Jadi Kameo Dalam Filem ‘Dream’

Nampaknya, Kang Ha-neul akan turut menemui penonton dalam filem “Dream” akan datang!

Bagi yang belum tahu, “Dream” yang diterajui Park Seo-joon dan IU akan membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Dalam filem ini, Park Seo-joon akan membintangi sebagai Yoon Hong-dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk. Manakala IU akan memainkan watak Lee So-min, seorang penerbit stesen penyiaran yang tergesa-gesa menghasilkan dokumentari pasukan bola sepak.

Terbaru menerusi video trailer yang dilancarkan, penonton perasan bahawa Kang Ha-neul akan tampil membuat penampilan istimewa dalam filem tersebut, sebagai salah seorang pemain bola sepak.

Dengan ini, pelakon lelaki itu nampaknya akan bersatu semula dengan rakan pelakonnya Park Seo-joon dari filem “Midnight Runners” dan IU dari “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”.

Jangan lupa tonton filem “Dream” akan mula ditayangkan pada 26 April ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...