Ikuti Kami:

Restoran Michelin Di Kampung, JTBC Kongsi Ahli Program ‘Countryside Western Cuisine’

Restoran Michelin Di Kampung, JTBC Kongsi Ahli Program ‘Countryside Western Cuisine’

JTBC nampaknya semakin hebat dalam mengeluarkan kandungan program hiburan kini. Bahkan bukan biasa-biasa line-up panel untuk rancangan terbarunya.

“Countryside Western Cuisine” akan membawa penonton melihat restoran khas dibuka di bandar kecil oleh bintang seperti Choi Ji-woo, Cha In-pyo, Lee Jang-woo, Lee Soo-hyuk, Jo Se-ho dan Chang-min (TVXQ).

Ianya akan berjalan sebagai bisnes sementara yang menyediakan juadah setanding Michelin namun menunya akan memberi fokus kepada makanan popular. Choi Ji-woo akan menjadi bos kepada perniagaan berkenaan manakala Cha In-pyo pula sebagai ketua chef. Lee Jang-woo dan Chang-min akan membantu bahagian memasak dan Jo Se-ho bersama Lee Soo-hyuk pula bertugas sebagai penghidang.jtbc countryside western cuisineProgram ini akan meningkatkan kualiti daripada aspek profesional selain memaparkan proses untuk membuka restoran, termasuklah mendapatkan tips daripada cef dari restoran Perancis bertaraf Michelin untuk resipi, cara memasak dan sebagainya.

“Countryside Western Cuisine” akan memulakan tayangan pada 18 Oktober.

Apa macam? Anda ready tak nak tonton mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...