Ikuti Kami:

“Respek Dia” – Mahu Fokus SPM, Lingling KIIRAS Dedah Tarik Diri Jadi Pelatih YG Entertainment Dulu

“Respek Dia” – Mahu Fokus SPM, Lingling KIIRAS Dedah Tarik Diri Jadi Pelatih YG Entertainment Dulu

Bukan senang nak lepaskan impian untuk menjadi idola, namun pelajaran masih menjadi keutamaan.

Lingling yang berasal dari Malaysia dan baru sahaja debut bersama kumpulan K-Pop KIIRAS kini dilihat gembira kerana berjaya merealisasikan impian yang diimpikannya sekian lama.

Rupanya ramai tak tahu bahawa gadis kelhiran Klang itu sebenarnya pernah menjadi pelatih di syarikat gergasi YG Entertainment suatu ketika dahulu namun menarik diri kerana lebih mahu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Malaysia.

Hal itu didedahkan sendiri olehnya ketika sesi panggilan bersama peminat di mana hal itu ditanyakan oleh individu yang memenangi peraduan untuk berbual dengan ahli KIIRAS.

Jawabnya,

Tak lama (menjadi pelatih) kerana faktor usia.

Seorang individu di Twitter yang merupakan penterjemah ketika audisi pelatih YG Entertainment di Malaysia mengakui bahawa Lingling merupakan satu-satunya peserta tempatan yang melepasi uji bakat berkenaan pada 2022. Selain dia turut mendedahkan mesej di mana gadis itu bertanya jika dia boleh pulang ke Malaysia untuk mengambil SPM.

Melihatkan kesungguhan Lingling yang masih mementingkan pendidikan di Malaysia meskipun mahu menjadi idola K-Pop, ramai yang memujinya dan berharap dia akan terus berjaya dia Korea dan memajukan nama negara ini di sana.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...