Ikuti Kami:

Rebut Hati Penonton, 4 Momen Terbaik Lee Dongwook Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

Rebut Hati Penonton, 4 Momen Terbaik Lee Dongwook Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

Rasanya ramai sekrang ini yang tak terlepas untuk menonton drama hebat iaitu “Tale Of The Nine Tailed” kan?

Meskipun banyak pelakon hebat lain seperti Kim Bum dan Jo Bo-ah, namun semuanya mula berminat nak menonton drama ini dek kekasih hati ramai iaitu Lee Dong-wook yang menjadi teraju utamanya.

Bakal tamat tak lama lagi, banyak sebenarnya babak dalam “Tale Of The Nine Tailed” yang membuatkan semakin ramai yang jatuh cinta dengan lelaki yang berkulit cerah dan tampan ini.

Apabila membelah langit dengan lompatannya

Daripada episod awal lagi, babak ini ternyata membuatkan penonton terus melekat menonton sehingga kini kerana suntingan lompatan Yi Yeon (Lee Dong-wook) di antara bangunan tinggi bagi menyelamatkan Ji-ah (Jo Bo-ah) ini yang nampak ‘smooth’ sangat.

Menempuhi alam kiamat bagi menyelamatkan Ji-ah

Demi menyelamatkan Ji-ah, Yi Yeon mengharungi jalan yang paling mudah untuk kembali ke dunia nyata. Disebabkan itu, dia mengalami luka yang teruk dek terkena serangan pisau tajam.

Menangkap anak panah yang meluru ke arah Ji-ah

Nyata tak dapat melepaskan pandangannya daripada Ji-ah, Yi Yeon akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan wanita pujaannya. Sama juga apabila terdapat anak panah yang tiba-tiba meluru ke arah Ji-ah namun Yi Yeon membuktikan kehebatannya dengan pantas menangkapnya.

Berlawan untuk menyelamatkan Yi Rang

Semasa Yi Rang diserang oleh makhluk yang seperti zombi, Yi Yeon langsung tidak berlengah untuk menyelamatkan adiknya itu.

Patutlah ramai yang jatuh cinta dengan watak Lee Dong-wook dalam “Tale Of The Nine Tailed” ini, macho sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...