Ikuti Kami:

Raya Semakin Dekat, Jom Menang PERCUMA Make Over Rumah Bernilai RM50,000 Daripada Livspace

Raya Semakin Dekat, Jom Menang PERCUMA Make Over Rumah Bernilai RM50,000 Daripada Livspace

Bila tiba musim perayaan, pasti ramai antara kita yang sibuk melakukan persiapan awal seperti mengemas rumah, menukar langsir, perabot, buat kuih raya dan banyak lagi. 

Maklumlah, raya tahun ni kan kita dah diberi kelonggaran merentas negeri untuk mengunjungi keluarga tersayang. Mestilah kita bersemangat nak sambut bersama, confirm meriah!

Disebabkan kita menerima tetamu, semestinya kita akan mementingkan ruang yang bersih dan kemas, demi keselesaan mereka.

Jadi, memahami keperluan korang, Livspace yang merupakan platform pengubahsuaian dan dalaman rumah no.1 di Asia telah bekerjasama dengan IKEA untuk menjadikan rumah korang lebih menarik dan selesa untuk para tetamu. 

Jom kami share 5 sebab kenapa korang patut pilih Livspace dan IKEA dalam mengubahsuai hiasan dalam rumah.

 

  1. Livspace Jenama Yang Dipercayai Di Serata Dunia

Bila kita nak tukar hiasan dalaman rumah, semestinya kita akan pergi ke kedai yang dapat menawarkan perabot yang berkualiti serta dipercayai. 

Untuk pengetahuan, Livspace ini terletak di 4 buah negara dan 32 bandar di seluruh dunia termasuk Singapura, Arab Saudi, India, dan kini berada di Malaysia tau. 

Menariknya, Livspace ini telah bekerjasama dengan beribu-ribu pereka dalaman yang berdedikasi serta kontraktor yang disahkan untuk menghasilkan rumah idaman yang korang inginkan.

Kini segala persoalan tentang kualiti pembuatan perabot serta proses penghasilannya tak perlu disangkal lagi sebab ia terbukti dipercayai di seluruh dunia. 

 

  1. Proses Penghasilan Yang Lancar Serta Memuaskan

Livspace

Selain itu, kalau korang mencari perabot atau hiasan dalaman rumah yang cantik, Livspace adalah tempat yang sesuai untuk korang kunjungi sebab ia dilengkapi dengan pelbagai jenis perabot yang cantik serta berkualiti. 

Kalau korang nak tahu, Livspace pernah mereka bentuk dan menyediakan hiasan dalaman rumah untuk lebih 50,000 pelanggan di seluruh dunia tau. Wow!

Bukan itu saja, mereka juga memberikan jaminan kepada pelanggan mereka dengan menjanjikan garis masa daripada proses pembinaan perabot hinggalah perabot tersebut siap. Haa, barulah pelanggan yakin nak membeli dan menggunakan produk mereka. 

 

  1. Lebih Banyak Perabot Yang Menarik & Estetik Dengan Livspace X IKEA

Livspace

Kalau korang inginkan hiasan dalam rumah yang estetik, korang mesti akan ke IKEA untuk mencari perabot yang menarik betul tak?

Haa, berita baik untuk korang yang suka mencari perabot di IKEA, kini Livspace telah bekerjasama dengan IKEA untuk menghasilkan lebih banyak reka bentuk yang menarik dan estetik, khas untuk korang tau. Menarik!

 

  1. Tiga Langkah Yang Dititkberatkan Oleh Livspace X IKEA

Menariknya di gabungan Livspace dan IKEA ini, mereka akan menitikberatkan penghasilan perabot dan hiasan rumah menerusi 3 aspek penting iaitu:

Reka bentuk: Pereka dalaman Livspace akan meminta pandangan korang dari segi nilai hiasan dalaman yang diingini untuk memastikan korang mendapat kepuasan apabila membeli.

Pembinaan: Pakar daripada Livspace akan menghasilkan bahagian dalaman rumah korang dan akan membuat pengubahsuaian jika diperlukan. 

Hiasan: IKEA akan menyediakan nilai estetika, kualiti yang bagus serta fungsi perabot dan hiasan dalaman yang terbaik untuk melengkapkan gambaran rumah korang. 

 

  1. Pengubahsuaian Serta Hiasan Dalaman Mampu Milik

Namun, mesti akan korang terfikir tentang kos penghasilan perabot dan hiasan dalaman rumah agak mahal kan? Tak perlu risau lagi sebab yuran tempahan ubahsuai ini adalah mampu milik. 

Yuran tempahan yang diperlukan di Livspace x IKEA ni bermula serendah RM2,000 saja tau yang mana yuran tempahan atau deposit hanya 10% daripada nilai pengubahsuaian rumah.

Selain itu, korang juga dapat menikmati macam-macam kelebihan daripada IKEA seperti IKEA 365-Day Return, IKEA Guarantee serta diskaun 5% untuk perabot IKEA untuk mereka yang menjadi ahli IKEA Family. Wow, macam ni barulah semangat nak hias rumah!

 

Berbelanja Di Livspace X IKEA & Menangi Hadiah Bernilai Lebih RM100,000!

Sekarang ni korang dah tahu kan kenapa perlu berbelanja di Livspace X IKEA ni? Sebagai tanda penghargaan, mereka ada satu kejutan untuk korang khas kalau berbelanja di sana. 

Mereka menawarkan hadiah bernilai RM100,000 termasuk ubahsuai rumah yang bernilai RM50,000 tau. Serius lah?! 

Apa yang korang perlu buat hanyalah tempah pengubahsuaian rumah dengan Livspace serendah RM20,000 sahaja. 

Bukan itu saja, korang juga berpeluang untuk dapat goodie bag serta baucar pengubahsuaian rumah yang bernilai RM500 kalau korang datang ke Livspace X IKEA untuk konsultasi tentang hiasan dalaman rumah yang korang inginkan. 

Kalau korang nak rasai sendiri macam mana penghasilan serta kualiti barangan yang dihasilkan oleh Livspace X IKEA ni, korang boleh lawati di Livspace X IKEA di gedung IKEA Cheras dan Damansara. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik DI SINI.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...