Ikuti Kami:

Ratu Pengiklanan Kini, Bayaran Noze Naik 70 Kali Ganda Selepas Popular Dek ‘Street Woman Fighter’

Ratu Pengiklanan Kini, Bayaran Noze Naik 70 Kali Ganda Selepas Popular Dek ‘Street Woman Fighter’

Antara program hiburan yang ditayangkan tahun lalu, “Street Woman Fighter” nyata menjadi kegilaan ramai hingga penari yang biasa di belakang sahaja menjadi popular dalam satu malam sahaja.

Daripada semua peserta, Noze merupakan antara nama yang terus meniti di bibir semua hingga kini disebabkan oleh kecantikan dan bakat menari yang memukau. Bahkan pengikut Instagramnya meningkat daripada 600,000 kepada 3.2 juta orang selepas program tersebut meletup.

Tidak hanya menjadi tetamu dalam pelbagai rancangan hiburan malah wanita itu turut menjadi rebutan pelbagai jenama terkenal untuk menjadikannya sebagai duta produk mereka.

noze

Kalau anda nak tahu, harga pengiklanan Noze hanyalah 2 milion won (RM6,998) setakat Ogos lalu, Namun ianya sudah meningkat sebanyak 70 kali ganda sekarang.

Dahulu saya hanya akan menjadi penari latar ataupun ekstra sahaja. Tetapi kini, saya akan menyertai rakaman sebagai watak utama. Saya sudah merakam lebih daripada 10 iklan setakat ini.

Tidak dinafikan bahawa wajah penari itu terpampang di serata iklan, antaranya makanan, barangan kosmetik dan fesyen.

noze

Khabarnya, bayaran bagi setiap iklan sudah meningkat kepada 150 milion won (RM524,901) kini. Menurut wakil industri, Noze berkemungkinan besar menerima hingga 1 bilion won (RM3.49 juta) untuk bayaran iklan sahaja.

Hebat kan Noze?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...