Ikuti Kami:

‘Ratu Komedi-Romantik’ Hwang Jungeum Kini Kembali Dengan Drama Baru!

‘Ratu Komedi-Romantik’ Hwang Jungeum Kini Kembali Dengan Drama Baru!

Siapa tak kenal dengan ratu komedi-romantik dalam arena drama Korea? Hwang Jungeum ialah seorang pelakon wanita yang tak asing lagi bagi peminat drama kerana watak yang dimainkannya adalah sangat unik dan disayangi ramai.

Terbaru, Hwang Jungeum dilaporkan telah menerima tawaran berlakon dalam satu drama komedi romantik. Selain itu, hero yang bakal menghiasi naskhah tersebut ialah Yoon Hyunmin yang baru sahaja selesai berlakon dalam drama romantik “My Holo Love”. Pihak produksi “That Guy is That Guy” sudah pun mengesahkan berita tersebut selain menyatakan bahawa pelakon Seo Jihoon turut akan membintangi drama tersebut.

Ketiga-tiga pelkaon ini akan menonjolkan kisah komedi romantik yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam ‘That Guy Is That Guy’.

hwang jungeum dan yoon hyunmin

Drama ini membawa kisah seorang wanita yang memilih untuk hidup solo selepas beberapa kali disakiti dalam percintaan dan si lelaki yang mahu mengubah hubungannya dengan wanita tersebut menerusi cinta. ‘That Guy Is That Guy’ menggambungkan tema kehidupan silam dengan topik realistik seperti perkahwinan dan kehidupan membujang.

Walaupun belum menetapkan tarikh spesifik kepada tayangan drama ini tetapi dikhabarkan ia akan ke udara pada separuh kedua tahun ini.

Mesti ramai yang nak lihat Hwang Jungeum kembali berlakon? Sama-sama kita nantikan!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...