“The Auditors” terus menunjukkan taring!
Terbaru, ‘The Auditors’ mencapai rating tertingginya setakat ini untuk hari Sabtu (ketika ratingnya biasanya lebih rendah berbanding hari Ahad).
Menurut Nielsen Korea, episod terkini drama tersebut menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran—termasuk juga rangkaian siaran awam—dengan purata rating sebanyak 6.7%.
Dalam pada itu, penonton memuji plotnya yang padat mengenai kisah audit selain lakonan mantap yang ditonjolkan oleh Shin Ha-kyun, Jin Goo, Lee Jung-ha dan ramai lagi.
“The Auditors” membawa kisah sekumpulan pengaudit berpengalaman dan seorang staf baru bekerjasama bagi membongkar kepincangan dalam sebuah syarikat.
Korang layan tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.