Ikuti Kami:

Rating Tinggi Setiap Episod, Netizen Bincang Sebab ‘The Haunted Palace’ Raih Sambutan Hangat

Rating Tinggi Setiap Episod, Netizen Bincang Sebab ‘The Haunted Palace’ Raih Sambutan Hangat

Sudah 6 episod bersiaran, drama “The Haunted Palace” berjaya meraih sambutan hangat dari penonton.

Menurut Nielsen Korea, “The Haunted Palace” berjaya mengekalkan rating tinggi dari episod awalnya mencecah 9.3% di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, drama tersebut juga tersenarai dalam Top 10 Rancangan TV Netflix di banyak negara termasuklah Malaysia.

Menerusi laman komuniti dalam talian, netizen membincangkan beberapa faktor utama “The Haunted Palace” berjaya menarik minat penonton.

the haunted palace

Pertama sekali adalah kerana pelakon utamanya iaitu Kim Ji-yeon dan Yook Sung-jae, di mana kedua-dua mereka adalah seorang idola. Meskipun begitu, mereka tetap menunjukkan lakonan yang memuaskan, memenuhi jangkaan penonton.

Selain itu, ramai juga yang turut memuji jalan ceritanya yang menarik dan asli, berbeza dengan drama fantasi seram sebelum ini.

Bukan itu sahaja, ia juga popular dalam kalangan penonton yang lebih tua, membuktikan plot dramanya yang tidak hanya fokus untuk generasi muda. Antara komen yang ditulis,

  • Mak saya pun tonton cerita ni!
  • Walaupun kedua-dua watak utama adalah idola, lakonan mereka sangat memuaskan.
  • Ini ialah drama yang awak boleh tonton tanpa stress.

Haa korang layan tak “The Haunted Palace”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...