Baru 5 episod ditayangkan, drama “Good Partner” nampaknya telah mencipta rekod hebat!
Terbaru, Viu melaporkan bahawa drama “Good Partner” telah berjaya menduduki tempat ke-4 di Indonesia, ke-5, di Malaysia, ke-7 di Singapura dan Myanmar, ke-6 di Hong Kong dan ke-8 di Thailand, untuk minggu ketiga bulan Julai.
Untuk episod ke-4, drama itu juga telah mencapai rating tertinggi setakat ini mencecah 13.7%, membuktikan popularitinya di dalam dan luar negara.
Bagi yang belum tahu, “Good Partner” diterajui Jang Na-ra dan Nam Ji-hyun, mengisahkan tentang perjuangan antara dua peguam perceraian yang sangat berbeza.
Selayaknya!