Ikuti Kami:

Rating ‘The King: Eternal Monarch’ Turun Dengan Mendadak. Apa Sudah Jadi?

Rating ‘The King: Eternal Monarch’ Turun Dengan Mendadak. Apa Sudah Jadi?

Nampak gayanya, populariti Lee Min-ho sahaja tidak mampu untuk menarik minat penonton untuk terus menonton “The King: Eternal Monarch”. Meskipun bermula dengan sambutan hangat daripada orang ramai dek promosi yang hebat tetapi ‘kepanasan’ tersebut kini telah sejuk setelah naskhah ini menginjak ke episod ke-8.

Drama fantasi ini mencatatkan rekod peribadi tertinggi semasa tayangan episod ke-2 dengan angka 11.6%. Walaubagaimanapun, ianya terus mellihatkan penurunan yang signifikan pada saban episod seterusnya dan susah sungguh untuk mencapai dua digit lagi selepas itu.

Paling mengecewakan apabila “The King: Eternal Monarch” hanya mampu mengaut catatan 6.1% semasa bahagian pertama episod terbaru ini sekaligus merupakan rekod terendah bagi drama tersebut. Nombor itu merupakan adalah sesuatu yang membimbangkan kalau nak dibandingkan dengan promosi yang digembar-gemburkan sebelum tayangannya.

the king: eternal monarch terima kutukan penonton

Rata-rata penonton sepertinya kecewa dengan plot cerita yang tidak seiring dengan perkembangan industri drama Korea yang kian unik sekarang ini. Bayangkan naskhah lain telah menelusuri pelbagai isu seperti psikologi, jenayah dan pelbagai lagi tema berat tetapi “The King: Eternal Monarch” masih lagi tersangkut pada cerita Cinderella diselamatkan oleh putera kacak.

Kalau nak dibandingkan dengan kehebatan penulis skrip, barisan pelakon dan kos produksi, drama ini adalah mengecewakan. Lee Min-ho perlu lihat kembali kariernya sebagai pelakon. Dia hanya menerima watak yang membuatkan dia nampak kacak manakala pelakon lain seperti Won Bin tidak gentar untuk keluar daripada zon selesa seperti wataknya dalam ‘Mother’.

 

Lakonan yang serupa, skrip dah basi… buatkan saya tertanya-tanya sama ada ini adalah penulis yang sama dengan ‘Goblin’ dan ‘Mr Sunshine’.

 

Salah pengambilan pelakon untuk watak utama lelaki dan perempuan…

 

Biar benar ini adalah penulis yang sama dengan ‘Goblin’? Drama tersebut berjaya menonjolkan antara hidup dan mati, jenayah dan hukuman dan individu masih hidup yang berkabung dan bersedih. ‘Mr Sunshine’ pula berjaya menggambarkan pergerakan merdeka, sistem kasta dan kehidupan berbahaya yang dilalui oleh moyang kita dengan baik. Kenapa drama ini…. saya harap dia akan memperbaikinya semasa separuh akhir nanti.

 

Ratingnya adalah agak baik kalau nak dibandingkan dengan berapa ramai yang mengatakan ia adalah bosan. Mungkin sebab semua tak tahu nak tonton apa sementara tunggu tayangan “The World Of The Married”.

Lepas satu-satu kritikan, mungkin “The King: Eternal Monarch” akan bangkit semula dalam separuh akhirnya?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...