Menarik perhatian sedari awal promosi, rami yang sedikit kecewa melihat prestasi episod pemula “The Divorce Insurance”.
Menurut Nielsen Korea, episod perdana drama itu yang disiarkan pada 1 April mencatatkan kadar tontonan sebanyak 3.2% sahaja sebelum menurun kepada 2.4% ketika episod seterusnya.
Sebaliknya, drama terdahulu “My Dearest Nemesis” bermula dengan 3.5% dan mengekalkan kadar tontonan itu pada episod kedua. Ia kemudiannya mencatatkan 4.5% pada episod ketiga dan mencapai kadar tontonan tertinggi sebanyak 5.1% pada episod keenam, sebelum tamat dengan 4.1% pada 24 Mac lalu.
Antara drama Isnin-Selasa tvN yang disiarkan tahun ini ialah “The Queen Who Crowns”, “My Dearest Nemesis”, dan “The Divorce Insurance”.
Daripada ketiga-tiganya, “The Queen Who Crowns” mencatatkan kadar tontonan tertinggi sebanyak 6.6% — menjadikannya drama Isnin-Selasa dengan rating tertinggi sejak “Marry My Husband”, yang mencatatkan 12%.
Kini perhatian tertumpu kepada sama ada “The Divorce Insurance” dapat membalikkan keadaan dan mencapai kejayaan mengejut.
Untuk pengetahuan, ia adalah drama pejabat bergenre romantik-komedi yang mengisahkan pasukan pembangunan produk inovatif di syarikat Plus Insurance yang memperkenalkan produk insurans perceraian. Barisan pelakon termasuk Lee Dong-wook, Lee Joo-bin, Lee Kwang-soo, Lee Da-hee dan Chu So-jung.
Korang rasa kenapa agaknya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.