Utama Drama Korea Rating Terus Menurun, Penonton Luah ‘Sisyphus: The Myth’ Makin Tak Best?

Rating Terus Menurun, Penonton Luah ‘Sisyphus: The Myth’ Makin Tak Best?

jtbc sisyphus: the myth

Meskipun bermula dengan baik, namun drama “Sisyphus: The Myth” kini hanya mampu duduk selesa dalam lingkungan rating 4% sahaja. Jauh daripada rekod terbaik sewaktu episod kedua iaitu 6.67%.

Kalau anda nak tahu, drama misteri fantasi ini memberi fokus kepada jurutera genius Han Tae-sool (Cho Seung-woo) yang menjalani pengembaraan dahsyat dalam membongkar kebenaran dan si penyelamat Kang Seo-hae (Park Shin-hye) yang menjalani laluan yang berliku dan berbahaya untuknya.

jtbc sisyphus: the myth

Rata-rata penonton mengatakan bahawa awalnya drama ini adalah sangat mendebarkan namun ianya menjadi sedikit ‘slow’ kini. Malah babak romantis di antara watak Tae-sool dan Seo-hae kelmarin juga tidak mampu menyelamatkan rating episod tersebut sehingga membuatkan ia mencatatkan rating terendah sepanjang tayangan iaitu 4.43%.

Antara komen penonton:

Saya menonton kerana merupakan peminat Cho Seung-woo tapi drama ini tak best sangat..

 

Disebabkan barisan pelakon, saya mula menonton drama ini. Tapi ianya sangat tak seronok sehingga saya terfikir kenapa mereka memilih untuk membintanginya.

 

Mereka macam tiada keserasian..

 

Semalam mereka banyak menayangkan babak di masa lepas, jadi tak berapa best. Patutnya hanya sampai 12 episod supaya ceritanya dapat dipadatkan, baru seronok. Sekali sekala akan ada babak membosankan, nampaknya ia adalah episod kelmarin.

 

Tapi rating bukanlah sesuatu yang penting sekarang.

Okay je “Sisyphus: The Myth”, mungkin tak masuk taste segelintir penonton sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERThe Qoo
Loading...