Ikuti Kami:

“Rating Teruk Berbanding ‘2 Days 1 Night'” – Ramai Kecewa Dengan ‘Running Man’ Kini?

“Rating Teruk Berbanding ‘2 Days 1 Night'” – Ramai Kecewa Dengan ‘Running Man’ Kini?

Sudah berbelas tahun berlari, sudah pasti sampai satu ketika “Running Man” memperlahankan momentum kan?

Selepas melalui beberapa siri ahli meninggalkan rancangan itu selain penambahan ahli baru, program itu tetap sukar untuk mencapai catatan terbaik semasa zaman kegemilangannya.

Ada yang mengadu mengenai konsep yang berubah drastik dari awal pengenalan “Running Man”, ada yang tak minat dengan keserasian ahli baru malah ada yang berharap ahli lama seperti Gary, Lee Kwang-s00 dan Jeon So-min untuk kembali memeriahkan suasana.

running man

Komen penonton,

  • Tukar nama rancangan ini kepada ‘Slump Man’, kenapa nak simpan program yang tak boleh lawan dengan ‘2 Days 1 Night’.
  • Boring sangat..
  • Ubah nama program ini. Kenapa ‘Running Man’ kalau tak berlari pun?
  • Kenapa Ji Ye-eun asyik mengomel sendiri?

Sekadar pengetahuan, rating “Running Man” hanya berlegar-legar dalam lingkungan 2% ke 3% kini manakala “2 Days 1 Night” yang ditayangkan dalam slot sama meraih rating sekurang-kurangnya 8%.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Naver Tv

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...