Ikuti Kami:

Rating Tersangkut Pada 1% Sahaja, ‘A Piece Of Your Mind’ Bakal Tamat Awal Dengan 4 Episod Dikurangkan

Rating Tersangkut Pada 1% Sahaja, ‘A Piece Of Your Mind’ Bakal Tamat Awal Dengan 4 Episod Dikurangkan

Jarang tahu berlaku apabila drama Korea dipendekkan jumlah episodnya daripada pelan asal. Selalunya ia terjadi apabila naskhah itu tidak mendapat sambutan ramai atau pun plot cerita telah dipercepatkan lantas tidak mampu memenuhi tontonan jumlah episod yang biasanya diperuntukkan.

Sama juga yang berlaku dengan drama yang baru sahaja mencecah episod 6 iaitu “A Piece Of Your Mind” di mana pihak produksinya membuat keputusan untuk mempercepatkan penceritaannya dalam episod yang mendatang.

drama a piece of your mind

Bagi yang tidak mengetahui, drama ini mengisahkan hubungan romantik di antara Ha Won (Jung Haein) dan Han Seowoo (Chae Soobin). Lelaki baik itu merupakan seorang programmer AI dan merupakan penaung kepada Syarikat M&H. Seowoo pula ialah seorang jurutera rakaman muzik klasik. Meskipun kehidupannya tidak stabil tanpa rumah dan keluarga, dia mempunyai pandangan yang positif terhadap kehidupan.

Bagi memenuhi jangkaan penonton yang menyokong “A Piece Of Your Mind”, pihak bertanggungjawab telah memendekkan episod drama itu kepada 12 episod sahaja di mana ia sepatutnya ditayangkan sebanyak 16 episod mengikut perancangan awal.

Disebabkan ini, penonton akan dapat melihat transformasi Hawon daripada dingin kepada memberikan layanan yang manis kepada Seowoo. Lantas, mengembangkan kisah cinta mereka lebih cepat daripada yang sepatutnya.

Pihak produksi drama ini juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang terus menyokong “A Piece Of Your Mind” selain berjanji untuk memberikan kepuasan kepada penonton sehingga ke episod akhirnya nanti.

drama a piece of your mind

Tambahan pula, keputusan ini mungkin dibuat selepas melihatkan purata rating yang mneghampakan pada saban episod. Dah masuk episod ke-6 pun, drama ini hanya berpusing-pusing di sekitar rating 1% membuktikan bahawa ia tidak menarik perhatian peminat drama walaupun menggunakan pelakon terkenal seperti Jung Haein.

Rata-rata penonton yang mendengarkan berita ini meluahkan bahawa mereka mengerti kenapa drama ini dipendekkan sebanyak 4 episod. Ini kerana plot ceritanya yang mengelirukan selain agak ‘slow’ membuatkan ia jadi bosan.

Ini adalah salah penulis. Susah betul nak faham apa yang dia cuba sampaikan.

 

Sangatlah tak best. Tiap-tiap episod asyik sedih sahaja.

 

Saya ingatkan ia akan berjaya kerana pelakon utamanya ialah Jung Haein dan Chae Soobin. Tapi rating hanyalah 1% sahaja…

 

Disebabkan percaya dengan Jung Haein, saya tonton juga episod pertama tapi serius bosan nak mati sehinggakan saya tukar saluran lain. Bukannya Chae Soobin tak pandai berlakon, daripada pelakon rasanya naskhah ini yang tiada tuah. Kasihan.

 

Apalah yang cuba disampaikan menerusi drama ini.

 

Kisah ton pastel, karakter ton pastel, sinematografi ton pastel, sebab itulah rating pun teruk.

 

Sangatlah boring, bahkan drama ini tak realistik langsung.

Ruginya.. Mesti Jung Haein dan Chae Soobin menyesal kerana pilih drama ini.

Sumber: News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...