Rating ‘Sweet Munchies’ Teruk, Penonton Salahkan Lakonan Kang Jiyoung Sampai Jung Ilwoo Kena Tempias

drama sweet munchies

Kepada peminat Jung Il-woo, anda kini pasti bersorak gembira kerana dapat menonton pelakon kesayangan anda menerusi drama terbaru JTBC iaitu “Sweet Munchies”.

Sinopsis ringkas

Park Jin-sung (Jung Il-woo) adalah seorang chef yang menyembuhkan orang menerusi makanan yang disediakannya. Restoran yang dimiliki olehnya dipanggil sebagai Bistro72 dan menyimpan satu rahsia besar atas permintaan pelanggan tetap yang juga merupakan seorang pengarah program di stesen televisyen iaitu Kim Ah-jin (Kang Ji-young).

Wanita itu sering mengunjungi Bistro72 kerana makanan dan minuman yang disediakan di situ merupakan satu-satunya kebahagiaan yang mampu dirasainya. Sebelum kontrak kerjanya tamat, dia menggunakan peluang terkahir ini untuk merealisasikan impiannya untuk memastikan restoran milik Jin-sung mengecap kejayaan.

episod awal sweet munchies

Pelbagai dugaan bagi Jin-sung dan Ah-jin

Menyahut cabaran yang dilemparkan oleh Ah-jin, Jin-sung akhirnya bersetuju untuk menyertai rancangan memasak terbaru dihasilkan oleh wanita itu dalam usaha untuk menyelamatkan kedai makannya yang semakin tidak menguntungkan. Dalam pada itu, mereka menghadapi pelbagai masalah dalam menjayakan program tersebut.

Jadual penggambaran yang terpaksa ditangguhkan dek hal tak dijangka dan pihak atasan yang asyik meragui kebolehan Ah-jin nyata membuatkan dia lagi bersemangat untuk menjayakan program berunsurkan makanan itu.

Malahan Jin-sung juga menghadapi pelbagai kesukaran apabila dikenali sebagai chef yang menyukai jantina sendiri kerana mahu meraih publisiti untuk program baru itu. Walaupun mendapat respons yang baik pada episod awalnya, kedua mereka terus mengalami kesukaran yang lain.

episod awal sweet munchies

Penonton persoal mutu lakonan Kang Ji-young

Kalau anda nak tahu, Kang Ji-young yang membawa watak Ah-jin ini sebenarnya merupakan ahli kumpulan KARA dan ini adalah kali pertama dia memgang watak utama dalam drama tempatan. Meskipun beberapa kali menjadi peranan utama di Jepun tetapi pengalaman tersebut ternyata tidak membantu mutu lakonannya dek kritikan penonton sejak awal tayangan “Sweet Munchies”.

Kang Ji-young, adakah ini yang terbaik awak boleh lakukan?

 

Dengarkan suara Ji-young yang nyaring, terus saya alih saluran lain. Tak ada pelakon 20-an lain ke?

 

Tapi saya rasa lakonan Kang Ji-young okay sahaja…

episod awal sweet munchies

Rating yang diraih oleh “Sweet Munchies” juga tidaklah gah mana dengan catatan 1.53% sahaja pada episod pertamanya. Malahan angka itu turun sedikit kepada 1.09% ketika tayangan episod keduanya. Sedikit menghampakan!

Mungkin kena tunggu beberapa episod ditayangkan dahulu sebelum jatuhkan apa-apa hukuman.

Leave a Reply