Ikuti Kami:

Rating Sepanjang Tayangan Baik, Penonton Lega ‘Do You Like Brahms?’ Berakhir Bahagia

Rating Sepanjang Tayangan Baik, Penonton Lega ‘Do You Like Brahms?’ Berakhir Bahagia

Akhirnya “Do You Like Brahms?” yang dipuji sebagai sebuah drama yang menenangkan telah pun melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis ringkas

“Do You Like Brahms?” menceritakan mengenai Park Joon-young (Kim Min-jae) mula bermain piano sejak berusia 6 tahun lagi dan berjaya meraih pelbagai trofi daripada pertandingan tempatan sehingga ke seluruh dunia. Manakala Chae Song-ah (Park Eun-bin) pula yang merupakan graduan bidang perniagaan, kini kembali mendaftar ke universiti yang sama namun ke sekolah muzik pula selepas 4 tahun mencuba. Wanita itu yang 7 tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya tetap gagah bagi mengejar impiannya.

episod akhir do you like brahms?

Kesudahan menyentuh perasaan

[Amaran SPOILER]

Semua penonton nyata tak mampu menahan perasaan apabila melihat Joon-young dan Song-ah berpisah untuk mengubati luka masing-masing. Tapi dalam episod ini, semua perasaan antara mereka terungkai dek rasa sayang yang tidak boleh dibendung lagi. Walaupun Song-ah meminta masa untuk memikirkan mengenai hubungan mereka, dia akhirnya kalah dengan tembok yang cuba dibinanya apabila melihat Joon-young memainkan muzik ‘Brahms’ sesuatu yang tak pernah dilakukan oleh lelaki itu sebelum ini.

Song-ah terus mengakui perasaan cintanya dan pasangan itu akhirnya menempuhi duka yang dilalui oleh mereka dengan lembaran hidup yang baru. Joon-young memilih untuk terus bermain piano tanpa mengikut acuan sesiapa lagi namun dirinya sendiri. Namun penonton tetap sedih melihat Song-ah mengucapkan selamat tinggal kepada biolanya selepas wanita itu memilih untuk berhenti bermain alat muzik itu untuk selamanya.

Tapi yang penting kedua mereka terus dilamun rasa cinta sehingga langsung tak boleh berpisah sehingga ke akhirnya, sekaligus membawa senyuman di wajah penonton.

episod akhir do you like brahms?[SPOILER Tamat]

Rating baik sepanjang tayangan

Menurut Nielsen Korea, episod akhir “Do You Like Brahms?” telah merekodkan purata rating sebanyak 4.6% dan 6.0% iaitu satu catatan yang tetap buat drama tersebut sepanjang tayangannya.

Meskipun ceritanya yang agak ‘slow’, namun penonton memuji ketenangan drama ini selain memberikan tepukan gemuruh di atas lakonan hebat yang ditonjolkan oleh setiap pelakon utamanya.

Siapa yang masih belum menonton, cepat marathon “Do You Like Brahms?”. Pasti tak menyesal!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...