“No Gain No Love” mengalami sedikit peningkatan dalam jumlah penonton malam tadi.
Selepas mengalami penurunan ketara dalam penilaiannya malam sebelumnya, apabila ia jatuh kepada purata 2.6% di seluruh negara semasa sambutan Chuseok, “No Gain No Love” meningkat sedikit pada 17 September.
Menurut Nielsen Korea, episod terbaru komedi romantik ini menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel dengan purata penilaian 2.9% di seluruh negara.
Meskipun stabil, namun siri ini sebenarnya hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 3% ke 4% sahaja.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.