Ikuti Kami:

Rating ‘My Roommate Is A Gumiho’ Jatuh Meski Tiada Saingan, Ada Penonton Kritik Lakonan Hyeri?

Rating ‘My Roommate Is A Gumiho’ Jatuh Meski Tiada Saingan, Ada Penonton Kritik Lakonan Hyeri?

Boleh tahan menghiburkan drama “My Roommate Is A Gumiho” kan?

Drama ini membawa kisah seorang pelajar kolej iaitu Lee Dam (Hye-ri) yang tanpa sengaja tertelan guli seorang gumiho lelaki bernama Shin Woo-yeo (Jang Ki-yong) yang kian hampir mencapai impiannya untuk menjadi manusia. Apabila seseorang menelan guli tersebut, mereka akan hanya hidup selama setahun sebelum guli itu pecah dan menghalang gumiho itu daripada berubah menjadi manusia. Disebabkan itu, Shin Woo-Yeo meminta Lee Dam untuk tinggal bersama dan sekaligus bermulalah kisah cinta di antara mereka.

tvn my roommate is a gumiho

Sudah memasuki 6 episod, rata-rata penonton sepertinya seronok menonton naskhah ini kerana plotnya yang ringan dan telatah pelakon utama yang menggeletek hati. Walaubagaimanapun terdapat suara sumbang yang sepertinya mempersoalkan kebolehan lakonan Hye-ri yang dianggap tiada pembaharuan dan hanya sama sahaja seperti wataknya dalam “Reply 1988”.

Saya tak rasakan Hye-ri sedang lakukan yang terbaik. Bukannya dia teruk, tapi lakonannya mengingatkan saya dengan wataknya dalam ‘Reply 1988’.

Pun begitu, masih ramai lagi yang tampil menyokong Hyeri dan menjelaskan watak Lee Dam memang seperti itu di dalam webtoon asal dan pelakon wanita itu merupakan pilihan yang terbaik untuk melakonkannya.

hyeri my roommate is a gumiho

Dalam pada itu, “My Roommate Is A Gumiho” menunjukkan prestasi yang agak membimbangkan apabila ratingnya menurun meskipun tidak mempunyai pesaiang lain dalam slotnya buat masa ini selepas “Law School” dan “Sell Your Haunted House” menamatkan tayangannya kelmarin.

Hanya mampu meraih rating terendah sepanjang tayangan iaitu 3.688%, rata-rata penonton berharap agar ia akan terus mendapat perhatian ramai memandangkan plotnya yang mengujakan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...