Ikuti Kami:

Rating ‘Military Prosecutor Doberman’ Terus Cipta Rekod Baru

Rating ‘Military Prosecutor Doberman’ Terus Cipta Rekod Baru

Drama memang best pun tapi naskhah thriller pastinya membuatkan ramai yang berdebar-debar menantikan episod seterusnya.

Sama seperti “Military Prosecutor Doberman” yang sudah memasuki 4 episod kini. Lakonan mantap Jo Bo-ah dan Ahn Bo-hyun merupakan antara faktor yang membuatkan drama ini menjadi pilihan ramai sekarang.

Dalam episod terbaru ini, Do Bae-man (Ahn Bo-hyun) akhirnya mempelajari identiti sebenar Cha Woo-in (Jo Bo-ah) dan dalam masa yang sama dia menerima tentangan daripada komander baru iaitu Noh Hwa-young (Oh Yeon-soo). Hubungan antara mereka bertiga ini nyata membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan terjadi nanti.

tvn military prosecutor doberman

Untuk episod terbaru ini, drama perundangan ini berjaya mencatat rekod peribadi baru apabila ratingnya mencecah 7.9%. Melihatkan pencapaian baiknya, tak disangkal bahawa ia mungkin akan mencatat rating lebih tinggi nanti.

“Military Prosecutor Doberman” menceritakan kisah seorang lelaki Do Bae-man, seorang pendakwa raya ketenteraan yang memilih pekerjaan tersebut kerana wang. Selepas bertemu Cha Woo-in, seorang yang sama bidang dengannya namun bekerja bagi membalas dendam, Do Bae-man mula menghapuskan si jahat dalam ketenteraan dan menjadi pendakwa raya yang sebenar.

Tak sabar nak tengok episod baru nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...