Ikuti Kami:

Rating Meningkat Tinggi, ‘Forecasting Love & Weather’ Bantu JTBC Lepasi ‘Slump’

Rating Meningkat Tinggi, ‘Forecasting Love & Weather’ Bantu JTBC Lepasi ‘Slump’

Siapa yang sedang syok melayan drama “Forecasting Love & Weather” kini?

Drama romantik ini membawa kisah cinta berbelit di antara 4 individu di Agensi Meteorologi Korea.

Rating tinggi

Bermula dengan rating sederhana iaitu 4.4%, drama romantik pejabat ini menyaksikan peningkatan yang stabil pada setiap episod di mana ianya duduk selesa dengan angka 7.8% pada episod ke-4 yang ditayangkan kelmarin.

Rating yang terus menaik ini membuktikan bahawa naskhah ini semakin mendapat tempat di hati ramai peminat K-Drama. Bahkan ia turut mempunyai peminat tetap tersendiri yang terus mengikuti perkembangan cerita daripada episod pertamanya.

jtbc forecasting love and weather

Lakonan & plot mengujakan

Antara sebab “Forecasting Love & Weather” disukai ramai ialah kerana penyampaian hebat Park Min-young sebagai Ji Ha-kyung, pengarah pasukan termuda dalam sejarah Agensi Meteorologi Korea. Dengan pakaian yang sofistikated, dia turut menunjukkan kecekapan dek penyampaian dialog yang mudah difahami selain ekspresi wajah yang baik bagi setiap emosi.

Song Kang juga membuktikan bakat lakonan yang semakin membaik apabila dia membawa watak Lee Si-woo seorang peramal cuaca yang ceria dan percaya dengan firasatnya. Biasa membawa watak serius ataupun ‘buaya’, lelaki ini membuktikan bahawa dia juga sesuai memaparkan personaliti lelaki yang tidak segan untuk mengakui cintanya buat wanita disukai.

jtbc forecasting love and weather

Plot “Forecasting Love & Weather” juga membuatkan penonton teruja menontonnya kerana konflik yang dapat dirasai oleh kedua watak utama ini berjumpa bekas kekasih yang merosakkan hidup mereka iaitu Han Ki-jun (Yoon Park) dan Chae Yoo-jin (Yoora). Apa agaknya yang akan berlaku di antara keempat-empat mereka di bawah satu bumbung, sama-sama kita tunggu!

Kebangkitan JTBC

Dalam pada itu, JTBC menunjukkan prestasi yang baik untuk tahun 2022 ini dek rating tinggi yang dicatatkan oleh “Forecasting Love & Weather”. Jika dilihat, stesen penyiaran ini hanya mampu mencapai rating 2% ke 4% sahaja pada tahun lalu dengan drama seperti “Snowdrop”, “Inspector Koo”, “Lost”, “Reflection Of You” dan banyak lagi.

jtbc forecasting love and weather

Masih ada 12 episod lagi, penonton sudah tidak sabar menantikan apa yang akan berlaku di dalam “Forecasting Love & Weather”.

Ada tak yang layan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...