Sepertinya “Link: Eat, Love, Kill” menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam beberapa episod kebelakangan ini.
Meskipun mencapai rating lebih 3% awalnya, namun rating drama tvN ini agak sukar untuk mengekalkan momentum yang sihat pada saban episod. Malah ianya kekal dalam lingkungan 1% kini dengan catatan episod ke-6 ialah 1.873%.
Walaupun diterajui oleh pelakon popular seperti Yeo Jin-goo dan Moon Ga-young, “Link: Eat, Love, Kill” tidak mampu untuk menarik perhatian ramai untuk menontonnya. Pun begitu, plot fantasi yang dipaparkan merupakan antara faktor utama yang menerima pujian ramai.
Untuk pengetahuan, “Link: Eat, Love, Kill” ialah drama mengenai seorang lelaki yang mula merasai pelbagai emosi dilalui seorang wanita. Drama ini akan mengikuti kisah yang terurai apabila dia mula melalui pengalaman gembira, sedih dan sakit bersama wanita itu.
Kenapa agaknya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.