Ikuti Kami:

Kekal 0%, Episod Akhir ‘Sea Of Hope’ Catat Rating Terendah Sepanjang Tayangan

Kekal 0%, Episod Akhir ‘Sea Of Hope’ Catat Rating Terendah Sepanjang Tayangan

Selepas 12 episod membuatkan penonton tenang dengan pemandangan pantai dan alunan muzik mengusik jiwa, “Sea Of Hope” akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin.

Menjadi sebutan sebelum ini, walaupun dibarisi oleh selebriti terkenal seperti Lee Dong-wook, Lee Ji-ah, Kim Go-eun, Yoon Jong-shin, Onew (SHINee) dan Su-hyun (AKMU), namun “Sea Of Hope” gagal meraih perhatian penonton.

Sehingga ke akhir episod, program JTBC ini kekal meraih rating dalam lingkungan 0 peratus iaitu 0.914% dan ia juga merupakan rating terendah yang pernah dicatatkan olehnya.jtbc sea of hopeTidak tahu mana silapnya namun sebelum ini, “Sea Of Hope” pernah dikritik kerana dilihat cuba meniru konsep yang diketengahkan oleh rancangan popular lain seperti “Youn’s Kitchen” dan “Begin Again”.

Anda rasa kenapa agaknya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...