Ikuti Kami:

Rating ‘Hometown’ Jatuh Ke 1%, Netizen Teka Sebab Skandal Penulis Pernah Dituduh Serangan Seksual

Rating ‘Hometown’ Jatuh Ke 1%, Netizen Teka Sebab Skandal Penulis Pernah Dituduh Serangan Seksual

Meskipun menampilkan pelakon yang hebat dengan plot yang mendebarkan namun ianya menunjukkan penurunan rating yang ketara sejak beberapa episod yang lalu.

Drama thriller misteri ini berlatarbelakangkan sebuah kampung terpencil pada tahun 1999. Ia menampilkan seorang detektif bernama Choi Hyung-in (Yoo Jae-myung) yang menyiasat pelbagai pembunuhan pelik dan seorang wanita bernama Jo Jung-hyun (Han Ye-ri) yang mencari anak saudaranya yang diculik. Kehidupan keduanya berbelit apabila Jo Kyung-ho (Um Tae-goo), iaitu abang Jo Jung-hyun yang meringkuk dalam penjara merupakan dalang disebalik insiden serangan gas pada 1987, di mana ia membunuh isteri Choi Hyung-in.

Walaupun bermula baik, rating “Hometown” akhirnya jatuh ke dalam lingkungan 1% dalam dua episod terakhirnya di mana rekod episod terbaru (episod 6) mencatatkan prestasi terendah iaitu 1.6% sahaja.

Ramai yang berpendapat drama itu terjejas apabila penulis skripnya didedahkan sebagai pengarah Cho Hyun-hoon yang pernah didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pengarah wanita di sebuah parti selepas festival filem pada tahun 2013. Malah dia bertindak menggunakan nama pena Joo Jin bagi meulis skrip untuk “Hometown”.

penulis hometown

Disebabkan drama ini sudah pun berada di peringkat akhir penggambaran dan skripnya juga sudah habis ditulis, tiada apa yang dapat dilakukan pihak produksi selain daripada menggugurkan nama penulis itu daripada kredit pada setiap penghjung drama.

Hanya mempunyai 12 episod, tidak pasti sama ada “Hometown” akan mengubah keadaan dalam separuh kedua tayangan nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...