Ada tak yang tengah layan drama “Frankly Speaking” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “Frankly Speaking” mengikuti Song Ki-baek (Go Kyung-pyo), seorang juruhebah yang mematuhi peraturan dan telah mendedikasikan hidupnya untuk mengekalkan imej yang baik. Suatu hari, dia menghadapi krisis terbesar dalam hidupnya, dan memulakan hidup baru selepas bertemu On Woo-ju (Kang Han-na).
Mempunyai 12 episod secara keseluruhan, drama tersebut nampaknya kurang mendapat sambutan dengan rating yang hanya mencecah 1.3% untuk episod ke-11.
Comment
byu/GodJihyo7983 from discussion
inKDRAMA
Tambahan, penonton juga telah meluahkan kekecewaan mereka pada plot drama itu yang sepertinya masih tiada pengakhiran jelas meskipun berbaki lagi 1 episod.
Komen penonton,
- Ending dia mesti kelam-kabut nanti.
- Dah sampai episod 10 pun saya masih tak faham drama ini pasal apa.
- Mesti ramai yang berhenti tengok drama ni kan?
- Banyak plot yang tak perlu.
Apa pendapat korang yang tengah layan drama ni?