Walaupun menceritakan kisah realistik idola dalam industri, namun sepertinya drama “Imitation” tidak mampu menarik perhatian ramai semasa tayangannya.
Terbaru, drama itu telah mencatat sejarah baru apabila menjadi drama dengan rekod rating terendah bagi saluran stesen penyiaran utama. Menurut sumber, episod ke-6 drama itu mencatatkan rating sebanyak 0.7% dan 0.4%.
Kalau anda nak tahu, rekod sebelum ini dipegang oleh “Dae Jang Geum Is Watching” (MBC) dengan catatan 0.7%, “Welcome” (KBS) dengan catatan (0.9%) dan “Lovely Horribly” (KBS) dengan catatan 1.0%.
Bagi yang tidak mengetahui, “Imitation” diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, menceritakan kisah kehidupan idola di dalam industri seni. Ianya turut berkisarkan daripada hubungan romantik rahsia di antara gadis daripada kumpulan idola baru dan lelaki daripada kumpulan idola popular.
Antara idola yang memenuhi barisan pelakon drama ini ialah Jun (U-KISS), Ji-yeon (T-ARA), Chani (SF9), Hwi-young (SF9), Jong-ho (ATEEZ), Seong-hwa (ATEEZ), San (ATEEZ) Su-woong (Boys’ Republic).
Kenapa agaknya ratingnya kurang ya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.