Siapa yang seronok menonton “Flex x Cop” kini?
Terbaru, drama SBS itu melakar sejarah peribadi apabila mencapai rating 11.1% untuk episod terbarunya sekaligus merupakan kali pertama ianya mencapai angka dua digit. Ada yang menebak rating drama ini mencanak naik sejak beberapa episod ini kerana naskhah saingan iaitu “Knight Flower” sudah pun menamatkan tayangan pada minggu lalu.
Sudah pun mencapai 8 episod, penonton nyata seronok menonton “Flex x Cop” memandangkan gabungan elemen komedi dan siasatan yang serasi di dalam plot pada saban episod. Malah ramai juga memuji gandingan memikat antara Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun.
Bagi yang tidak mengetahui, drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki dari keluarga kaya yang menjadi salah seorang detektif yang mahir dalam memberkas penjenayah.
Korang layan tak drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.