Ikuti Kami:

Rating Episod Perdana ‘Tomorrow’ Cipta Rekod Baru Di MBC Bagi Slot Jumaat-Sabtu

Rating Episod Perdana ‘Tomorrow’ Cipta Rekod Baru Di MBC Bagi Slot Jumaat-Sabtu

Nampaknya drama lakonan Kim Hee-sun dan Rowoon SF9 bermula dengan baik!

Baru sahaja menayangkan episod pertama kelmarin, drama fantasi misteri berkenaan sudah pun mencipta rekod baru di saluran MBC sebagai rating tertinggi untuk episod perdana dalam slot tayangan Jumaat-Sabtu.

Menurut Nielsen Korea, tayangan perdana “Tomorrow” mencapai purata rating 7.6% di seluruh negara dan 8.2% di kawasan metropolitan Seoul. Malah ia turut menduduki tangga pertama bagi slot berkenaan bagi keseluruhan saluran.

mbc tomorrow

Antara komen penonton,

Saya terpersona dengan karisma dari kawal kemunculan Kim Hee-sun.

 

Keserasian lakonan antara pelakon utama sangat baik.

 

Saya suka kerana ia dikupas dengan pantas.

 

Daripada permulaan episod, saya semkain ingin tahu dan menantikan apa yang akan jadi nanti.

 

Kualiti CG hebat!

“Tomorrow” menceritakan kisah fantasi di tempat kerja dan menggembara di antara realiti dan juga kehidupan akhirat. Apabila dunia selepas kehidupan berada dalam situasi yang menggemparkan dek terdapat ramai roh hasil kes pembunuhan diri, satu pasukan pengurusan krisis telah turun ke bumi bagi menguruskan manusia yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawanya sendiri dan membuatkan mereka mahu hidup semula.

Dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...