Rating Episod Awal ‘Bad Memory Eraser’ Hampiri 0%, Comeback Kim Jaejoong Tak Menjadi?
- oleh irsa
- 2 tahuns lalu
Ramai tak yang nantikan comeback Kim Jae-joong dalam K-Drama?
“Bad Memory Eraser” adalah drama romantik baharu tentang seorang lelaki yang hidupnya berubah akibat pemadam memori dan wanita yang memegang takdirnya.
Terbaru, siri ini menyiarkan episod pertamanya di tengah-tengah persaingan sengit dari liputan Sukan Olimpik Paris 2024 yang sedang berlangsung.

Menurut Nielsen Korea, tayangan perdana “Bad Memory Eraser” mencatatkan rating sebanyak 1.0% sahaja manakala ia meningkat naik pada episod kedua kepada 1.1%.
Terlalu awal untuk memberikan hukuman pada drama ini, jadi sama-sama kita nantikan perkembangan plot dalam episod akan datang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




