Ikuti Kami:

Rating Episod Akhir Pecah Rekod Peribadi, Penonton Puas Hati Ending Bahagia Buat ‘Flower Of Evil’

Rating Episod Akhir Pecah Rekod Peribadi, Penonton Puas Hati Ending Bahagia Buat ‘Flower Of Evil’

Debaran menanti episod terakhir “Flower Of Evil” akhirnya terjawab semalam. Rata-rata penonton mengharapkan momen bahagia bagi keluarga kecil Do Hyun-soo (Lee Jun-ki), Cha Ji-won (Moon Chae-won) dan Eun-ha (Jung Seo-yeon).

Sinopsis

Untuk pengetahuan anda, “Flower Of Evil” ialah sebuah thriller penuh saspens mengenai Do Hyun-soo (Lee Jun-ki) yang menyembunyikan kisah lampaunya dan berpura-pura mencintai isterinya, Cha Ji-won (Moon Chae-won). Apabila wanita itu yang merupakan seorang detektif mula mengesyaki bahawa suaminya mungkin adalah seorang pembunuh bersiri, pasangan tersebut kini diheret ke lembah kebenaran yang mendebarkan.

Bagaimana pengakhiran Do Hyun-soo dan Cha Ji-won?

[Amaran SPOILER]

Kesemua penonton tak berhenti gigit jari apabila melihat Do Hyun-soo yang rebah tidak sedarkan diri dalam dakapan isterinya selepas ditembak di kepala oleh Baek Hee-sung (Kim Ji-hun). Bayangkan insiden tersebut membuatkan lelaki itu koma sehingga sebulan lamanya dan lagi menghibakan apabila dia langsung tidak mempunyai memori segala kejadian yang berlaku sepanjang 15 tahun lepas.

episod akhir flower of evil

Berasa kekok dengan kehadiran Ji-won, Hyun-soo memilih untuk menjauhkan diri daripada wanita itu dan anaknya kerana tidak pasti dengan perasaan sendiri. Sekejap dia teringat momen manis di antara mereka namun kemudiannya dia pasti akan terbayang memori buruk dengannya.

Pun begitu, semuanya mula jelas apabila Hyun-soo asyik terbayang memori indahnya bersama Ji-won apabila menelusuri bengkel kepunyaannya dahulu. Apabila membaca memo mengenai tabiat isterinya selain diyakinkan oleh ibu Baek Hee-sung mengenai cintanya terhadap Ji-won, lelaki itu mula sedar bahawa dia benar-benar mencintai wanita itu. Malahan episod akhir ini ditutup dengan reunion bermakna di antara dia dan Eun-ha, di mana penonton turut sama tersentuh apabila melihat mereka bertiga berpelukan.

episod akhir flower of evil

Penutup yang membawa makna

Walaupun ada yang merasakan bahawa plot Do Hyun-soo hilang ingatan adalah klise namun ia sebenarnya menguatkan lagi hubungan antara dia dan Cha Ji-won. Selepas apa yang berlaku, babak mereka tinggal berjauhan adalah yang paling ideal bagi meredakan keadaan dan perasaan sebelum kembali bersama.

Nasib baik ia berakhir dengan perkhabaran gembira, jika tidak sudah pasti ramai yang akan meluahkan rasa tidak berpuas hati. Malah ramai yang berpuas hati melihat hubungan Do Hae-soo (Jang Hee-jin) dan Kim Moo-jin (Seo Hyun-woo) yang mula utuh meskipun wanita itu memilih untuk memulakan lembaran hidup yang baru dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

episod akhir flower of evil

[SPOILER Tamat]

Episod akhir catat rating tertinggi

Umum mengetahui bahawa “Flower Of Evil” merupakan naskhah yang sangat popular dalam kalangan peminat K-Drama pada masa kini. Hal ini dibuktikan apabila setiap episod berjaya menarik perhatian ramai penonton bahkan episod terkahir drama ini berjaya memecahkan rekod peribadinya sendiri. Hebat betul apabila tayangan penamat itu telah meraih rating sebanyak 5.7%.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...