Ikuti Kami:

Rating Episod Akhir ‘Hospital Playlist’ Pecah Rekod Peribadi, Musim Kedua Bakal Temui Penonton Pada 2021

Rating Episod Akhir ‘Hospital Playlist’ Pecah Rekod Peribadi, Musim Kedua Bakal Temui Penonton Pada 2021

Setelah 12 episod penonton mengikuti jatuh bangun setiap karakter dalam drama “Hospital Playlist”, akhirnya musim pertama naskhah itu sudah pun menamatkan tayangannya malam kelmarin. Dah rindu!

Episod terakhir ini sesunguhnya berjaya menyentuh kesemua hanti penonton kerana babak hiba yang banyak tak kisahlah melibatkan pesakit atau pun doktor di hospital itu sendiri. Dah lah tayangan episod ke-12 ialah 1 jam 45 minit panjangnya, macam filem!

Pun begitu, episod terakhir ini berjaya mencatatkan rating terbaik untuk drama ini sepanjang tayangannya iaitu 14.1%. Tahniah!

[Amaran SPOILER]

Pengakhiran berlainan bagi lima sekawan ini

Pasangan ‘Winter Garden’ akhirnya bersama

Siapa sangka Profesor Ahn Jeong-won (Yoo Yeon-seok) sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Jang Gyeo-ul (Shin Hyun-bin) dalam diam. Ternyata perasaan itu kuat kerana lelaki itu sanggup melepaskan peluang keemasan untuk menjadi paderi demi residen tersebut. Mungkin terkesan dengan pengakuan cinta wanita itu sambil menangis, Jeong-won terus mendakap erat dan menciumnya. AKHIRNYA!

episod akhir musim pertama hospital playlist

Pengakuan cinta Ik-jun kepada Song-hwa yang dibiar sepi

Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) yang mahu merehatkan diri buat sementara waktu telah memilih untuk berpindah ke cawangan hospital mereka yang terletak di Sokcho. Penonton nyata terkejut apabila Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) menemani wanita itu sehingga ke rumah barunya walaupun dia perlu mengejar penerbangan ke Sepanyol dalam masa beberapa jam lagi.

Semua pasti gigit jari apabila menyaksikan pengakuan cinta lelaki itu yang sudah sekian lama dipendam kepada rakan baik wanitanya itu. Tapi sayang, jawapan Song-hwa itu kekal misteri sehingga ke penghujungnya.

episod akhir musim pertama hospital playlist

Jun-wan dan Ik-sun memulakan hubungan jarak jauh mereka

Pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya melalui dugaan pertama mereka sebagai kekasih apabila Ik-sun akhirnya terbang ke luar negara untuk menyambung pelajarannya selama 3 tahun. Lebih menyedihkan kerana harapan Jun-wan (Jung Kyung-ho) untuk menghadiahkan cincin pasangan kepada teman wanitanya itu tidak kesampaian kerana jadual pembedahan yang padat.

Malahan usahanya untuk mengepos cincin tersebut juga gagal apabila ia dipulangkan semula oleh pejabat pos. Saksikan sambungan kisah pasangan sepadan ini dalam musim kedua!

episod akhir musim pertama hospital playlist

Min-ha tak putus asa memenangi hati Seok-hyung

Walaupun profesor lelaki itu menolak cinta Min-ha (Ahn Eun-jin), dia tetap mengekalkan hubungan yang baik ketika bertugas. Bahkan wanita itu terus berusaha untuk terus rapat bersama Seok-hyung (Kim Dae-myung) dengan meluangkan masa yang ada dengannya.

Pun begitu, semua penonton tertanya-tanya sama ada bekas isteri Seok-hyung iaitu Sin-hye akan kembali semula memandangkan lelaki itu menjawab panggilannya pada penghujung episod semalam.

episod akhir musim pertama hospital playlist

Musim kedua pada 2021

Seperti yang diketahui semua, “Hospital Playlist” ini digarap menggunakan konsep bermusim. Sebab itulah banyak lagi persoalan yang merunsingkan penonton masih tidak terjawab lagi.

Menurut tayangan episod terakhir semalam, musim kedua drama perubatan ini akan menemui penonton pada tahun hadapan. Jangan risau kerana dikhabarkan bahawa kesemua lima sekawan ini akan kembali menghiasi sekuel itu nanti.

Dah rindu geng ’99!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...