Ikuti Kami:

Rating Episod Akhir ‘Alice’ Baik, Penonton Luah Rasa Kecewa Dek Plot Berselirat & Ending Memeningkan

Rating Episod Akhir ‘Alice’ Baik, Penonton Luah Rasa Kecewa Dek Plot Berselirat & Ending Memeningkan

Dengar cerita, ramai yang mengeluh apabila menonton episod akhir “Alice”?

Sinopsis “Alice”

Drama thriller sci-fi ini menceritakan kisah Park Jin-gyeom (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’. Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.

episod akhir alice

Kesudahan memeningkan

[Amaran SPOILER]

Apabila menyedari keadaan Jin-gyeom apabila tua nanti, Sun-young meminta Jin-gyeom sekarang untuk membunuhnya. Walaubagaimanapun, lelaki itu menolak lantas ibunya menembak perutnya sendiri bagi menghentikan segala-galanya. Jin-gyeom yang memangku mayat Sun-young terus menghalakan pistol ke arah dirinya versi tua dan menamatkan riwayatnya. Insiden itu sekaligus melenyapkan ‘Alice’ dan juga ibu pejabat operasinya.

Penonton dibawa kembali ke malam hari jadi Sun-young dan ianya berlangsung dengan pengakhiran yang lain daripada sebelumnya. Pada tahun 2020, Yoon Tae-yi yang masih ingat mengenai ‘penggembaraan masa’ ini cuba mencari Jin-gyeon namun hampa apabila semua orang sepertinya tidak pernah mengenali lelaki itu. Bahkan apabila terserempak buat pertama kalinya, Jin-gyeom di dalam dunia yang ini langsung tidak mengenali Yoon Tae-yi.

episod akhir alice

Nampaknya janji Sun-young yang mengatakan bahawa semua pengembara masa akan terhapus apabila ‘Alice’ lenyap benar-benar berlaku. Jin-gyeom yang kini merupakan seorang arkitek bagaimanapun seperti terbayang-bayang wajah Yoon Tae-yi selepas pertemuan mereka. Nyata mengelirukan apabila dia kembali semula ke rumah keluarganya dan bertemu dengan Yoon Tae-yi sambil berkata,

Maaf kerana membuat awak menunggu lama.

Pernyataan akhir episod ini nyata membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada Jin-gyeom mengingati kisah lama mereka.

[SPOILER Tamat]

Rating baik meskipun penuh persoalan

Rasanya ramai yang sedar bahawa “Alice” sepertinya sedikit hilang arah apabila memasuki separuh kedua jalan ceritanya. Banyak persoalan yang timbul dan membuatkan penonton pening kerana lubang plotnya. Benarlah tema penggembaraan masa agak sukar diterjemahkan dalam drama sependek 16 episod.

Pun begitu, “Alice” berjaya meraih rating tinggi sepanjang tayangan termasuklah episod akhir iaitu dengan catatan 7.0% dan 9.1%. Sayangnya episod ini tidak mampu melawan rekod terbaiknya yang dipegang kemas oleh episod ke-4 dengan bacaan 10.4%.

Semua yang dah menonton “Alice”, ada tak plot yang membuatkan anda pening?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...