Ikuti Kami:

Rating Drama ‘Crash Landing On You’ Kian Meningkat!

Rating Drama ‘Crash Landing On You’ Kian Meningkat!

Meskipun mendapat kritikan pada awalnya kerana lakonan Son Yejin yang dikatakan kekok dan plot cerita yang terlampau klise, tetapi rating drama “Crash Landing On You” kian meningkat pada saban episod.

Bagi episod ke-5 dan 6 drama komedi romantik ini, ianya telah mencatat rating yang tinggi sehingga memecah rekod peribadi mereka sendiri. Episod ke-5 telah merekodkan rating 8.73% manakala episod ke-6 pula mendapat rating 9.22%.

crash landing on you

[Amaran SPOILER]

Untuk episod ke-6 “Crash Landing On You”, Jo Cheolkang telah sedaya upaya cuba menggagalkan rancangan Yoon Seri untuk pulang ke Korea Selatan. Demi untuk selamatkan wanita itu daripada kemalangan kereta yang sudah dirancang pada awalnya, Ri Junghyuk pula yang terkena tembakan. Episod tersebut berakhir dengan babak Yoon Seri memegang lelaki itu dalam dakapannya dan menangis teresak-esak apabila melihatkan dia cuba menyelamatkan nyawanya.

rating crash landing on you semakin menaik

Mungkin disebabkan jalan cerita yang semakin menarik, ramai yang melekat di hadapan kaca televisyen bagi mengetahui apa yang bakal terjadi kepada rancangan Yoon Seri untuk pulang ke negara asalnya. Penonton juga tertanya-tanya bagaimana hubungan cinta antara wanita kaya dan tentera itu akan berkembang pada episod akan datang.

Kepada yang tidak tahu, “Crash Landing On You” ini mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Seri (Son Yejin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin). Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

Sama-sama kita saksikan sambungan plot ini pada episod akan datang!

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...