Utama Drama Korea Rating ‘Cheat On Me If You Can’ Kian Menurun Meski Penonton Suka...

Rating ‘Cheat On Me If You Can’ Kian Menurun Meski Penonton Suka Jalan Cerita

kbs cheat on me if you can

Nampak gayanya drama “Cheat On Me If You Can” kian menunjukkan prestasi yang membimbangkan meskipun sudah memasuki episod yang ke-10.

Drama komedi dan misteri thriller ini mengisahkan orang dewasa yang melakukan kesalahan walaupun berasa bersalah. Jo Yeo-jeong pula membawa watak novelis thriller jenayah popular Kang Yeo-joo yang sentiasa memikirkan cara untuk membunuh orang. Go Joon menggalas watak sebagai suami wanita itu iaitu Han Woo-sung, seorang peguam penceraian yang telah menulis perjanjian dengan isterinya yang berbunyi, “Jikalau awak curang, awak mati.”

episod awal cheat on me if you can

Bagi episod ke-8 dan ke-9 drama ini telah mencatatkan rating terendah sepanjang tayangannya iaitu 2.4% sahaja meskipun ia bermula dengan rating 5.8% semasa awal tayangan.

Tidak pasti di mana kesilapannya memandangkan rata-rata penonton sepertinya seronok menonton “Cheat On Me If You Can”. Bahkan ia diterajui oleh pelakon berbakat seperti Cho Yeo-jeong, Go Joon dan Kim Young-dae.

Korang rasa sebab apa ratingnya rendah?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...