Ikuti Kami:

Rating Cecah 66%! Masih Tiada Naskhah Baru Mampu Pecah Rekod K-Drama ‘Lejen’ Ini

Rating Cecah 66%! Masih Tiada Naskhah Baru Mampu Pecah Rekod K-Drama ‘Lejen’ Ini

Apakah program dengan penilaian tertinggi dalam sejarah penyiaran Korea?

Ia adalah drama hujung minggu di saluran KBS iaitu “First Love”. Drama ini disiarkan dari 7 September 1996 hingga 20 April 1997 dan mencatatkan penilaian tontonan tertinggi sepanjang masa sebanyak 65.8%!

Ternyata satu siri ‘legenda’ dalam dunia penyiaran Korea kerana sehingga kini, ia kekal sebagai program dengan rating tertinggi, dan tiada drama lain yang berjaya mengatasi rekod ini.

“First Love” menumpukan pada cinta suci tetapi memberikan kesan mendalam kepada penonton kerana suasana melankolik dan jalan ceritanya yang sedih. Walaupun drama ini mengandungi unsur-unsur dramatik yang boleh dianggap sebagai “makjang” (ekstrem dan sensasi), ia dianggap sebagai drama yang penuh emosi dan menyentuh perasaan pada masa itu.

first love

Semasa siarannya, orang ramai menghilang dari jalanan semasa waktu siaran, dan ada yang berseloroh bahawa “bahkan hantu pun tak kacau orang ketika episod baru ‘First Love’ disiarkan.” Majlis perkahwinan dan acara penting sering dijadualkan semula untuk mengelakkan bertembung dengan siaran drama ini.

Plot drama ini berkisar tentang cinta suci dan lembut antara seorang artis yang miskin, Seong Chan-hyeok (lakonan Bae Yong-joon), dan seorang gadis kaya, Lee Hyo-gyeong (lakonan Choi Ji-woo). Cinta mereka menghadapi pelbagai halangan, termasuk perbezaan kelas sosial dan konflik keluarga.

“First Love” juga menjadi titik utama dalam kerjaya lakonan Choi Ji-woo dan Bae Yong-joon di mana kedua-duanya menempa nama besar selepas kejayaan drama ini.

Setakat ini, tiada siapa lagi mampu untuk melawan catatan rating “First Love”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...