Ikuti Kami:

Rating Biasa, Episod Awal ‘Second Shot Of Love’ & ‘Tastefully Yours’ Bersaing Sengit

Rating Biasa, Episod Awal ‘Second Shot Of Love’ & ‘Tastefully Yours’ Bersaing Sengit

Terdapat dua drama baru yang sedang bersaing sengit kini!

Menurut Nielsen Korea, episod pertama drama Isnin-Selasa terbaharu tvN “Second Shot at Love” mencatatkan purata rating tontonan sebanyak 3.4%.

“Second Shot at Love” merupakan drama romantik komedi yang mengisahkan Han Geum-ju (Sooyoung Girls’ Generation), seorang yang menggelar dirinya sebagai “pemabuk yang berhemah” yang secara tidak dijangka bertemu semula dengan cinta pertamanya, Seo Ui-jun (Gong Myoung)—seorang lelaki yang membenci alkohol. Dia kemudian memutuskan untuk mencuba berhenti minum demi cinta.

Pada malam yang sama, drama baharu ENA “Tastefully Yours” turut memulakan tayangan dengan purata rating tontonan seluruh negara sebanyak 1.6%.

tastefully yours rating

“Tastefully Yours” ialah drama romantik yang mengisahkan pewaris chaebol Han Beom-woo (Kang Ha-neul) dan cef degil Mo Yeon-joo (Go Min-si), yang datang daripada latar belakang dan falsafah makanan yang berbeza, tetapi akhirnya menguruskan sebuah restoran kecil bersama di Jeonju, di mana mereka mula jatuh cinta.

Korang layan yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Celuv Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...